Agak-agak orang terlanjur diorang baca blog tak? Hahaha. Ke depa dah seronok sangat kan. Mana reti nak baca blog or buat benda-benda lain. Ustaz kursus kahwin cakap, eh eh dah pergi kursus kahwin dah dia? Gatal nampak! Haip! Diam kau! Pergi masa belajar murah. Back to the issue, ustaz itu cakap terlanjur itu sekali saja. Kalau banyak-banyak kali dia jadi menelanjurkan diri. Sokong? Siapa tak sokong ketuk meja!
Baiklah, sini nak ajar, kalau dah terlanjur, lepas itu termengandung, lepas itu tak tahu nak buat apa dengan janin itu, tengoklah cerita Juno. Then mesti lepas itu tahu nak buat apa daripada buang je janin tu merata-rata.
Comel!
Cerita Juno ini filem bajet rendah tapi banyak terkategori untuk award. Cerita dah lama. Tak pernah keluar wayang rasanya tapi Astro dah selalu ulang tayang cerita ini. Cerita tak bosan. Ringkas dan padat! Tengok 87 ratus kali boleh layan lagi. Layaaaannnn..
Movie ini basically pasal perempuan bernama Juno yang masih lagi belajar (Tak sure what grade. Tapi still in high school lah) mengandung. Kira macam terlanjur lepas itu termengandung. Eh, dia tak terlanjur. Memang sengaja. Entahlah. Korang tengok sendiri lepas itu bagitahu itu terlanjur atau tak.
Lepas dia dah terpregnant dia tak tahu nak buat apa. Gelabahlah dia. Nak gugurkan ke atau nak keep the baby? Initially, dia nak gugurkan baby ini. Tapi tak jadi bila dia dapat tahu baby ada kuku. KUKU tahu? Ya. Sebab itu saja. (Kalau korang rasa aku tipu, percayalah aku tipu. Haha)
Bila tak jadi nak gugurkan baby, dia cari option lain pula. That is, dia carikan parents untuk baby itu. Dia cari orang yang tak boleh ada anak, tapi nak ada anak. Kahwin dah bertahun, tapi tak boleh dapat anak. Tapi nak anak. (Apasal ayat macam berulang?) So dia pon nak bagilah baby dia dekat diorang untuk bela anak dia.
Eventhough cerita ini low cost budget film, tapi gambar dia still cantik. Cerita dia pon bagus. Pasal realiti takde merepek. Tapi nak tengok sambil makan kerepek boleh! Dekat oversea kan ramai juga student yang terlanjur. Contoh, Jamie Lynn Spears. Tak tahu siapa? Adik Britney lah! Some more, watak Ellen Page (Juno) itu memang menjadi. Suka sangat-sangat. Dialog dia pon bersahaja and kelakar. Plus, soundtrack dia best. Memang SUPERB lah!
Ini Ellen Page
Satu movie yang wajib tengok. (Dah lama dah tengok. Tapi sampai sekarang still ingat in details pasal movie ini). Sebab itu kalau dah terlanjur, tengoklah cerita ini. Lepas itu fikir, nak buat macam Juno ke or nak buang baby itu merata-rata. Bukan nak menggalakkan orang terlanjur. Tapi nak mengajar apa yang patut di buat. Kasihan tengok bayi yang nak hidup. Tapi lifespan tak panjang. Kalau dia tak nak hidup, mesti awal-awal lagi tuhan dah gugurkan dia.
Di akhirat nanti, bayi yang mati akan menunggu ibunya di depan pintu syurga sambil membawa segelas air. Tetapi bayi yang mati kerana digugurkan oleh ibunya akan membawa segelas air yang sudah ditebuk lubangnya. Apabila gelas itu sampai ke si ibu, gelas itu kosong. Si ibu bertanya kepada si anak, "Kenapa anak tebuk lubang dekat gelas air ibu?" Lalu si anak menjawab, "Kerana pada masa dulu, ibu telah menebuk (gugurkan) saya"
Anak itu rezeki, anak itu penenang jiwa. Tengok kan budak-budak hati rasa tenang. Melayan karenah budak-budak itu sangat menyeronokkan eventhough kadang-kadang memenatkan.
Baby 90210 sudah botak and bam bam :)
15 comments:
kucing betina yg terlanjur ngan anak sendiri pun jaga jugak anak tu. ni kan pulak kite yg ade otak.
wah.thanx review cite ni.xpenah tgok lg.nnti nk downloadlah.heeee.
plakon comel
boleh layan ni
;)
comel awek pelakon tu..hehe
wahh..cambest ah cter ni..nk cri ah nt..mmg title die juno ke??ke ape??kang tertaip jumbo kang..kuar gamba gajah lak hahaha..nk tgk ah nt..
a'a best cite ni.
oh ellen..
kau download tuk aku :P
@ chain : kucing kena rogol lah. mana ada terlanjur.
@ mili, joe & long haffiz : best! sila lah layan cerita ni. tak menyesal punya.
@mr crazee : yup. mmg juno saja. takde word lain.
@ dude : aku pon suka ellen!
@ kapten : aku mana reti download2 ni. haha. (tipu)
aku pn slalu tgk cite neh. tp mcm tak suka sket lah. budak tuh mcm bajet pandai sgt ja suka nak mengajar2 org yg lebeh tua drpd dia. haha.
otak ketat :
haha. aku suka cara cakap dia. direct je.
haha. paling tabley bla tetbe suami jennifer garner tuh suka plak kt dia. adoi. tension ja aku tgk time tuh. haha. tp pakwe dia yg nerd neh klaka. dah ar asik berlari je kejenya. pastu ada skali dia kasi alasan tak suka kt sorg perempuan tuh sbb perempuan tuh berbau sup. lol! tahpape. haha.
otak ketat :
haha. memang! yg masa suami jeniffer garner suka dia tu mmg takleh blah lah. jauh beza kot.
juno ckp dia tak suka awek baru budak nerd tu sbb slalo pandang dia pelik. tp dah mmg mata dia camtu.
tp aku paling suka part dia main kereta atas perut dia. tak tahu nape. haha.
haha. bengong. aku suka part mak dia sound tepet kt juruteknik ultrascan tuh. wakakaka. lawak gila.
oh yg tu pon best. pedas je mak dia sound.
sangat suka Juno ok!!! :D
Post a Comment