Thursday, April 1, 2010

Wa kena beb!

Hari Selasa (30 Mac 2010)
Dalam Kelas Thai

Ajaan : Hari Khamis ini takde kelas dekat lab. Terus pergi Dewan Mengkula. Ada makan! Ada tomyam kung!

Students (Muka bercahaya girang dapat tahu ada makan free) : Baik!

Student S : Jadi hari Khamis ini tak payah lunch la eh? Terus pergi sana makan ye?

Ajaan : Ya. Bukan aahaan (baca: makan) Thai saja ada. Korea, Jepun, Itali and lain-lain lagi pon ada.

Students : Muka bercahaya girang sekali lagi.

Selepas kelas,

Student Q : Eh, benda ini dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang je lah. Kelas kita pukul 2 sampai 4 petang.

Student F : Kalau macam itu, kita datang pukul 12 lah. Then pukul 3 kita balik. Kalau lambat nanti makanan habis.

Hari Khamis (1 April 2010)
Di bilik jam 12 tengah hari

Student Q sedang bersiap-siap melihatkan yang student F pon sedang bersiap-siap. Sambil-sambil itu pekenalah 3 keping roti.

Student F : Eh, kau nak pergi mana?

Student Q : Eh, bukan nak pergi makan ke?

Student F : Tak adalah. Semangatnya kau. Aku ada discussionlah.

Student Q : Owh! Ok ok. Dah aku tengok kau siap, aku pon siaplah. Haha. Then aku lepak dalam bilik dululah. Nanti lepas kau dah habis discussion kita pergi.

Pukul 2 petang
Di Dewan Mengkula

Terlihat ramai student-student yang mengambil bahasa asing berkumpul. Terdapat banyak juga booth-booth negara asing dibuka. Tapi kelibat makanan memang tiada. Yang ada pon cupcakes je. Tapi itu pon kena beli dekat booth Filipina dengan harga RM 1.50.

30 minit pertama...
Ada ucapan perasmian. Kelibat makanan, memang haram! Langsung tak nampak.
Students C : Ajaan, takde makanan ke? Mana tomyam kung? Lapar.

Student F : Korang tak makan ke tadi?

Student C : Tak. Laparlah.

Ajaan : Ada tomyam kung. Wahid yang masak.

Students : Wahid? -_-"
(Wahid tu nama tauke kafe dekat fakulti ini, Cafe Wahid)


Aku nak pergi mengorat abang tukang masak Cafe Wahid tu.
Hari-hari boleh makan tomyam kalau gitu. Dahlah dia comel. Masak pon sedap =p


Ni antara muka-muka yang dah terkena. Korang teka sendirilah mana satu ajaan nya.

Memang terbaiklah. 1 kelas kena tipu. Elok-elok je pula kena masa 1 April. Bagus! Satu permulaan bulan yang baik. Senyum :)

Outoftheblue : Kot ye pon nak suruh kitorang datang, cakap sajalah ada attendance. Haha. Tak payahlah cakap ada tomyam kung. Musnah harapan. Nasib baiklah tak terlebih excited pergi kelas pukul 12 kan. Pergi pukul 2 juga. Kalau tak, memang syoklah orang tu ada benda untuk dibahan kan. Kan? 

5 comments:

ismishahril said...

tu lah ko. mintak2. kan dah kena.

jgn risau. bahan tetap bahan. hehe

zirconia said...

keh3, gler ah ckgu ko kenakan sume org..

kunang-kunang said...

nak tumpang bahan boleh?? hihi..

Qiha Aziz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Q said...

chain : aku tahu.

zuzu: haha. agaklah. habis semua terkena.

kunang2; suka hatilah.

Related Posts with Thumbnails