Wednesday, June 30, 2010

Kayu Resort & Homestay

Ada 9 buah bilik. 4 Executive room and 5 Family room.
Executive RM 100 satu malam (1 queen bed). 
Family room RM 150 satu malam (1 queen bed & 4 double decker bed)
Sesuai untuk relax-relax and getaway dari bandar. If you guys wants some peace of mind, bolehlah pergi sini. 






Untuk tempahan : 
Kayu Resort & Homestay
Lot 3508 Jalan Air Melintas Besar
13300 Tasik Gelugor Penang
017-2515633

P/s :  Ini bukan homestay aku atau sesiapa yang rapat dengan aku. Cuma masa aku pergi Penang haritu aku duduk sini and aku sangat berkenan dengan tempat dia. Tempat ini baru lagi. Baru setahun di buka. So still a lot of improvements they need to do. Tapi saja je lah aku nak promote dekat korang. Aku tak dapat apa-apa pon tulis pasal homestay ini. Saja nak tunjuk yang tempat ini cantik. =)

Thursday, June 24, 2010

Anugerah diraja

Sebelum ke China, ada 2 tag yang permaisuri peroleh tapi tak sempat nak buat. Karang tak buat kang cakap permaisuri tak prihatin. Maaf. Saya busy dengan hal ehwal rakyat. Ecewah. Sebab itu tak buat. Jadi sekarang nak langsaikan hutang. 

Kerana permaisuri seorang yang pemalas dan tiada masa sangat, maka permaisuri gabung saja 2 award ini sekaligus. Sebab style tagging dia sama je.

1- Ucap terima kasih
2- Tag orang seterusnya
3- Bagitahu mereka yang kena tag itu
4- Ceritakan 7 benda pasal diri sendiri

So here goes. Terima kasih kepada LautChinaSelatan dan juga InchekPelukis. Bukan sebab bagi award ini saja. Tapi sebab baca blog ini juga. Although blog ini banyak merepek sahaja and sorry kalau permaisuri jarang-jarang sekali meninggalkan jejak di blog kamu berdua. Biasalah. Jadi permaisuri ini bukan senang. Banyak urusan rasmi kena buat. Eceh. (Poyo)


Ini dari InchekPelukis

Permaisuri tak mahu tag siapa-siapa. Kalau tetiba korang rasa nak ambil and jawab tag ini. Sila silalah. Permaisuri tahu, korang pon bukannya rajin sangat pon kan.  Buat Tukang masak, Kunang-kunang, Otak ketat, CahayaPagiCaki, saya tahu kowang semua nak kan award ini. Mengaku je lah. Ambil je. Takpe. Tak payah segan-segan. Malu-malu kucing. Award ini lagi tinggi dari pangkat Tan Sri owhkay. Award diraja tuh. Ini pon kalau tiba-tiba korang terasa rajin tangan takde idea nak tulis blog kan. Buat lah benda ini tambahkan bilangan entri korang. 

Untuk jawab soalan tag itu plak. Baca dekat link ini saja. 25 random things about me. Dia nak 7. Saya bagi 25. Settle!

P/s : Permaisuri pon kena tag -_-"

Tanah Besar China

Negara yang sangat banyak kepercayaan. Setiap benda, pasti ada cerita di sebaliknya.

Ini forbidden city (yang sekarang dah tak forbidden dah)

Bila masuk, terasa seperti berada di dalam movie China. Forbidden city ialah sebuah istana maharaja. Dan maharaja itu ada sekurang-kurangnya 3000 gundik. Banyak kan energy dia? Satu malam paling kurang pon dengan 5 gundik. Apa tak tidur apa maharaja nih?


Kalau nak jadi macam maharaja, ada 3000 gundik, jalanlah kat jalan yang tengah-tengah itu. (Dalam gambar kiri sekali). Jalan untuk maharaja usually tinggi (tebal) sikit dari jalan orang biasa. Untuk tunjukkan ketinggian pangkat dia. 

Tapi maharaja ini takut kena bunuh. Main perempuan ngan bunuh orang je pandai. Bilik tidur kena ada 7 buah supaya musuh tak tahu dia tidur mana. Kat palace tak boleh ada pokok selain kat taman dia supaya takde musuh menyorok kat situ. Lantai kena buat 15 lapis dalam supaya musuh tak korek tanah menyorok kat situ. Bunuh orang berani. Sendiri kena bunuh takut. Hampeh.


Ini pokok suami isteri. Dipercayai kalau tangkap gambar kat situ nanti bahagia. Jadi kalau datang dengan kapel, tangkaplah gambar kat situ. Tapi aku tak tangkap pon. Sebab ramai orang. Lagipon, aku memang dah bahagia dengan adik aku. Tak perlu. Hahaha. 

Bahasa komunikasi memang payah. Tak ramai yang pandai cakap English sebab diorang tak praktis. Kalau ada pon English, dia direct translation and orang susah nak faham. Ini salah satu contoh :


Ini dari gate Great Wall. Keluar-keluar bas aku dah gelak-gelak tak faham apa dia tulis. Rupa-rupanya maksud dia tourist kena turun dari kereta dan beli tiket baru boleh masuk. (Apa kaitan dengan daftar dalam tadika still tak dapat detect lagi. Hmm)

Kalau nak membeli belah pula, make sure korang pandai bargain. Itu skill yang korang kena ada. (Aku takde and aku benci beli kat tempat-tempat kena bargain nih. Nasib baik adik aku pandai). Kenapa? Biasalah. Diorang kan kuat kencing. Tak basuh punya. Kalau tak tahan sangat tak tutup pintu pon takpe. (Yes. Itu pengalaman aku. Masuk public toilet kena tutup mata). Barang yang dijual usually diorang markup 100%. Lagi-lagi bila dia tahu kita tourist tak pandai cakap Mandarin. Tipu depan-depan pon mana kita nak faham kan? 


Barang pelik-pelik pon banyak juga yang dijual. Tapi aku paling amaze dengan layang-layang ini. Aku tak tahu apasal. Macam ternampak lelaki kacak. Kagum sangat sampai jalan tak tengok depan lepas itu terlanggar tiang. Tengok, lelaki kacak pon kalah. Tapi kalau nak beli layang-layang ini, kena hati-hati. Make sure bagi duit cukup-cukup kalau tak change tu dia bagi duit palsu. 


Ini duit ori. Khas buat budak hitam. Ada duit USD, Yuan renmibi dan Euro (ikut susunan). Semua ini acceptable kat sana. Tapi USD dengan Yuan lagi laku lah dari Euro. 

Panjang dah entri ini. Sampai sini je lah aku cerita. Nak tahu banyak-banyak pasal China. Tengok movie Karate Kid saja sudah. Selesai. 

P/s : Aku pergi China berdua saja dengan adik aku. Aku pon terkejut parents kitorang allow. Tapi kitorang survive and had fun sangat-sangat. Barulah independent and adventurous kan pergi oversea tanpa parents. Kos RM 3000 (flight, accomodation, makan, entrance fees sightseeing, insurance, tipping, tour guide). Cukup semua. Yang perlu bawa duit untuk shopping saja. Yang lain dah fully covered. Pergi tempat yang mata wang lagi rendah lagi seronok. Kalau kena pilih nak pergi China atau UK, pilihlah China. 

Tuesday, June 22, 2010

Balik Kampung

Maaf kerana lama tak bertitah. Selepas pulang dari China hidup permaisuri tak betah. Kenduri kendara tak sudah-sudah. Menghabiskan hari minggu di kampung cukup indah. Permaisuri dihanyut arus ombak yang gagah. Nyaman. Damai. Tetapi ketenangan permaisuri diganggu oleh satu soalan mudah. Bilakah permaisuri mahu bernikah? 

Ah sudah! Tiada soalan lainkah yang mahu ditanya? Dalam hidup ini, bukan kahwin saja yang ada. Cuba tanya nak duit tak? Kan seronok sikit kita dengar. Haih. Bukan apa. Kalau ada jawapan yang pasti, senang lah juga nak menjawabnya. Ini sendiri pon tersepit. Antara Beri Hitam, Mini Experia dengan Laksam? Bukankah pilihan yang berat itu. Macam mana nak pilih? Payah! Ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak.

Antara konversasi tak dapat lari sewaktu permaisuri pulang ke kampung :

Ayahsu (Belah ayah) : So, ayahsu dengar, adik cakap Q tunang akhir tahun depan. Betul?
Q : Huh? (Reaksi terkejut). Mana ada ayahsu! Pandai-pandai je adik nih. Rumours je lah tuh. Merepek. 

Ayahsu (Belah mak) : Q dah habis belajar. Lepas ni, turn Q lah pula naik pelamin. Nak tunggu Tuan Joker, macam tak je.  Bila lagi?
Q : Rilekslah. Muda lagi ini. (Lari masuk rumah pura-pura sibuk)

Akibat tidak berpuas hati dengan jawapan permaisuri, diorang sanggup pergi bertanya King of Heart. Macam-macam. Payah juga kan bila dah habis belajar ini ye?

Wednesday, June 9, 2010

Mendaki Great Wall of China




Seperti mendaki Bukit Broga.
Tetapi lebih curam. Lebih gayat.
Pemandangan : Subhanallah. Super duper cantik. 
Jika ada rezeki, silalah pergi. Pasti tak akan menyesal. 

Sunday, June 6, 2010

Bola oh Bola

Kolam Hati menentang Bandar Mancis
Markah : 3-1


Queen of Heart : Yang baju putih ini siapa, baju merah ni siapa?

Tuan Joker : Baju putih itu Bandar Mancis, Baju merah itu Kolam Hati. Yang baju hitam itu pula pengadil.

Queen of Heart : Kenapa yang baju putih ini main loleh loleh je? Macam tak nak main je?

Tika itu sudah minit ke-89.

Semua : Ibu, kamu sungguh funnylah. Dah minit ke 89 dah. Semua pon dah penat. Ingat senang ke nak skor? Lagipon dah tak sempat dah diaorang nak kejar.

Friday, June 4, 2010

Misteri Payung Yang Hilang

Tik tik tik. Bunyi air menitik.

Hujan renyai-renyai sudah membasahi bumi. Tatkala hujan, sang permaisuri baru sahaja pulang demi sesuap nasi. Pelindung miliknya dijemur di luar kamar kayangan Istana Takeshi. Payung diraja haruslah dijaga bagai anak sendiri.

Sesudah pelindung dijemur, si permaisuri yang mesra rakyat berjalan menuju ke kamar dayang-dayangnya demi menjamu selera.

Sepuluh minit.
Dua puluh minit.
Tiga puluh minit.

Selera sudah dijamu. Nasi dan perut sudah bertemu. Si permaisuri pulang ke kamarnya untuk beradu. Nikmat tuhan harus disyukuri tanpa rasa ragu. Sebelum beradu, panjat kesyukuran kepada tuhan dilangit biru.

Sesudah tiba ke kamar beradu, alangkah terkejutnya beliau, pelindung yang ditanang bagai anak sendiri hilang dari pandangan mata biru.

"Siapakah yang berani mencuri pelindung si permaisuri? Sungguh tidak beradap!" Ujar sang dayang-dayang memarahi.

Si permaisuri tidak murka. Hanya terkejut dengan kejadian yang tidak dipinta. Si permaisuri berfikir mungkin ada rakyat yang meminjam tanpa bertemu muka. Izin tidak dipinta.

Satu minit.
Dua minit.
Tiga minit.

Bagaikan merasai amukan sang dayang-dayang yang gelabah mencari, pelindung pulang tanpa kaki.

"Ajaib! Seperti chipsmore. Sekajap tiada sekejap ada" kata si permaisuri.

Apakah yang berlaku kepada pelindung itu tadi? Sila jawab mengikut tafsiran sendiri. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri............................

Tak faham? Rajin-rajinlah bertanya yang empunya diri.

Wednesday, June 2, 2010

Souvenier

Souvenier from Russia (bought by Queen of Heart to me)

Salam semua.
8 hari 7 malam permaisuri menghilang. Berada di negara orang (Bukan ke Russia) Mengenal budaya mereka. Seronok tak terbilang. Penat masih terbayang. Tetapi menulis sedikit buat pembaca yang tersayang :)

Permaisuri ada sedikit souvenier buat blogger yang terpilih. Mereka yang banyak support dari zaman kingdom lama lagi. Mereka yang dah dianggap sebagai rakan. Souvenier ala kadar sahaja. Tapi masih berfikir bagaimana mahu memberi mereka. 

Buat yang tak dapat. Maaf sangat-sangat. Nak bagi semua orang memang tak mampu. Masih berstatus penganggur. Harap faham. Jika ada rezeki lagi insya'allah boleh. 
Related Posts with Thumbnails