Hari ini hari Khamis. Kita teruskan lagi kelas bahasa Thai kita. Aku suka kelas bahasa Thai pada hari Khamis. Sebab kelas ini berada di lab. Sambil belajar, sambil buka FB, sambil belajar, sambil buka FB, sambil belajar, sambil buka FB. Hoi! Berapa kali nak ulang daaa. Walhal seharusnya sambil belajar sambil buka website ini.
Baiklah. Kelas kita pada hari ini ialah mengenai binatang. Binatang ialah haiwan yang diciptakan tuhan. Bezanya dengan manusia ialah ia tidak mempunyai akal. Tetapi walaupon akal mereka sifar, mereka takdelah sampai nak buang anak kan. Lebih ajaib lagi, bila kita menulis sebegini BINATANG KAMOOO! ia seperti menunjukkan rasa marah. Akan tetapi binatang tersebut tidak bersalah, kenapa mereka yang mendapat nama? Kenapa???? (Apa aku tulis ini aku pon tak faham. Hahaha)
Baiklah. Mari kita teruskan sesi pembelajaran kita pada hari ini :
Beruang - Mii Khinzir - Muu
Anjing - Maa Arnab - Krata
Burung - Nok Ayam - Kai
Ikan - Plaa Ular - Ngau
Katak - Kob Udang - Kung
Kangaroo - Jingjoo Sotong - Plaamuk
Singa - Singtoo Kuda - Maa
Monyet - Ling Kucing - Meeo
Tikus - Nuu Harimau - Sua
Helang - Nok in sii
Ketahuilah ejaan Kuda dan Anjing adalah sama. Tapi bunyi dia berbeza. Nak dengar bunyi, pergi website ini, http://www.thai2english.com/. Type horse/dog, lepas itu ada lambang volume dekat situ. Tekan. Baru dengar bunyi sebutan dia.
Lagi satu, jangan pula ada yang tanya sugar glider apa, hedgehog apa dalam bahasa Thai lepas ni. Aku tak tahu. Lagi-lagi si kunang-kunang itu, harap maaf kerana kamu tidak tersenarai dalam senarai di atas.
Lagi satu, jangan pula ada yang tanya sugar glider apa, hedgehog apa dalam bahasa Thai lepas ni. Aku tak tahu. Lagi-lagi si kunang-kunang itu, harap maaf kerana kamu tidak tersenarai dalam senarai di atas.
Sekian sahaja kelas pada hari ini. Bye.
Kelas ini dibawakan oleh anda oleh :
Smitten
9 comments:
awak nak makan apa? saya nak mi Muuuu
hahahhaha
Beruang-Mii Khinzir-Muu
Dua benda ni nak kira macam mana ni? Kira sepupu jauh ka?
haha..
CikAh...Umi kata add blog chiqlits.blogspot.com dlm ur clubhouse. Tx...
Umi dtg pj next week fr wed-fri.
kap krum kap..
kat vichuda tadi ada tom yam kung. tapi aku tersilap, aku minta tom yung maa.
dan aku terpelanting di kuda kuda kan oleh akak pelayan itu...
siput muu?hahhahaha
mcm mn nak ckp:
"ulaq melingkaq ateh pagaq"
???
sotong ngan harimau tuh kenapa ada slash? :)
@ arc :
hahahaha. sopan je bunyi. sekali.
@ stringray :
takleh gak kan. sebab anjing dgn kuda maa.
@ ikie ; haiyaa. tak sempat la nak jumpa. i got test on friday.
@ kunang-kunang :
kap kun kaaa lah.
@ chain:
HAHAHAHAHAHAHA. yg ko minta tomyam maa tu apasal? aku tak pernah dengar. tomyam kung tu fofular lah.
@ arc :
kenapa siput muu jalan lambat?
@ kunang2 :
adoi, apa susah sgt ko tanya. manalah aku tahu.
@ aidi-safuan :
kalau u potong tuh, bunyi dia lain. dia jadi mee. so harimau sebut dia seaa. sotong plak plaameek.
Post a Comment