Thursday, April 8, 2010

Movie Review : Ong Bak 2

Hello dan hai hai hai hai semua :)

Hari ini kan, hari ini kan, kita kan, nak uji skills buat movie review kita sikit lah. Yelah. Hari tu kan kita tengok cerita Ong Bak 2 buat pertama kali kan, kita kenalah review. Nanti karang, ada orang ingat kita kena tipu dengan Ajaan lagi. Kali ini tidak tau! Memang kita betul-betul tengok cerita ini tau! Nak tahu tak, nak tahu tak? Tak nak tahu pon kita nak bagitahu juga, dulu-dulu kan, kita panggil cerita ini Ombak tau you all. Kita pon tak tahu kenapa. Dalam hati kita terfikir, eh, hati kita boleh fikir tau. Jangan main-main. Ingatkan otak saja yang berfikir. Kenapa pasal Ombak pon dia boleh buat cerita ek?

Haaa. Ada rasa nak pelangkung tak? Haha.

Lawan atas gajah. Korang boleh buat?

Basically, Ong Bak 2 ini mengisahkan pasal seorang anak lelaki (leung chai) pemimpin tertinggi Kerajaan Ayuthya yang nak balas dendam dekat orang yang merampas takhta ayah dia and bunuh parents dia gak. Kira dia nak ambil hak dia balik lah sebagai pewaris and pemimpin. So, sebab dia nak balas dendam dia pon belajar lawan. Tapi rupa-rupanya, cikgu yang mengajar dia lawan itulah orang yang bunuh parents dia.

Ong Bak 2 ini cerita aksi lah (obviously). Lawan lawan dan lawan. Fight fight fight. (Perlu ke repeat 3 kali with translation sekali?) Perlu perlu (Jawab sendiri). Cerita aksi-aksi ini aku sukalah. Lagi, disebabkan cerita ini cerita aksi, dialog tak banyak. Betul. Sikit sahaja. Watak utama dia aku rasa cakap 3 kali je kowt. Memang takde skrip sangat pon. Tapi kalau tak buka subtitles aku still tak faham apa diorang cakap eventhough dah belajar bahasa Thai. Hahaha. Laju kowt diorang cakap. Lentok lain pon makna dah lain.


Ong Bak 3

So, apa komen aku pasal cerita ini? Bolehlah! Sebab cerita aksi kan. Aku suka lah tengok part lawan-lawan itu. Siap ada lawan atas gajah. Kawan aku cakap Ong Bak 1 lawan atas patung dewa. Owh. Lupa. Ong Bak tu adalah nama dewa. (Ini Ajaan cakap). Patung dewa Budha. Tapi one thing aku tak suka, ending dia tergantung. Ceh. Penat tengok. Ajaan cakap nanti nak keluar Ong Bak 3 pula. Sebab itu kot dia buat ending tergantung. (Tapi Ong Bak 2 tak bersambung pon dari Ong Bak 1. Kawan aku cakap lain.)

Tapi biasanya cerita aksi ini tak melekat dalam hati pon. Dalam masa beberapa bulan aku akan lupa jalan cerita dia macam mana. Sebab dia banyak movement. So, kalau borak-borak cerita aksi, I will ask "Macam mana cerita dia again?" sambil buat muka innocent macam tak pernah tengok cerita itu.

7 comments:

joegrimjow said...

dah tengok dah
yg 1 lagi baik
;)

Honey Lalala said...

cerita faveret encik satu. dia siap gtau aku awal2 lagi nak tengok ong bak 3 pulak. =_=''

Qiha Aziz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Honey Lalala said...

yup.mmgpun.ong bak 2 ktowg tgk kat wayang sbb tu die ketagih tunggu yang no.3 pulak. ~_~

nursarah said...

nape tak penah tau pun citer ni, ehehe

ismishahril said...

aku memang terasa nak pelangkung pun. boleh laaaaaa. hahaha

Q said...

joe : tak tgk lagi la yg no 1.

sofa : cerita2 camni tgk kat wayang lg best. sbb sound effect dia.

sarah : dia cerita thailand. so promosi kurang skit kot kat cni.

chain : sengal!

Related Posts with Thumbnails