Friday, April 9, 2010

Berubah ke gothic jika mahu jimat

Anda nak jimat? Kalau nak, berubahlah kepada gothic. Serius weh aku cakap. Kenapa jimat? Yelah. Hari-hari kau akan pakai baju warna hitam je. Buka almari pon hiiiittttaaammm saja semua. Tak de warna lain. Kau pakai baju tu repeatedly pon takde siapa nak perasan. Make-up? Bubuh eyeliner sekeping dua macam Adam Lambert, lipstick pon warna hitam. Ha, lepas itu pakai sayap pari-pari kat belakang badan, siaplah! Boleh pergi kelas. Nak pergi jalan pon boleh. Tapi probabilities orang tengok kau dengan muka pelik tu tinggi lah!


Dah dah. Apalah aku ajar ini! Tak baik tau ikut gothic-gothic ini. Bukan budaya kita. Aku nak cakap dekat sini, kalau nak jimat, berubahlah ke tulisan century gothic.


Ni ha tulisannya

Kenapa aku cakap macam itu? Sebab research mengatakan bahawa dengan berubah menggunakan tulisan century gothic, anda boleh jimat ink printer anda. Kalau nak dibandingkan dengan Arial itu.  Tidak percaya, anda boleh baca sendiri di sini. Tapi assignments requirements selalunya nak Arial dengan Times New Roman jek! Tak boleh nak jimat juga. Huh!

Cuma one thing guna Century Gothic ini, dia makan kertas. So, tak environmental friendly. Lah, pulak! Jadi  kalau nak jimat kertas pula, jangan print apa-apa.

Kesimpulannya? Tiada kesimpulan disini. Hahaha. Hang nak jimat kertas, hang guna Arial. Hang nak jimat ink, hang guna Century Gothic. Hang nak jimat dua-dua tak payah print apa-apa. Sekian :)

2 comments:

ismishahril said...

ada lagi satu cara nk jimat.
guna la arial ke, gothic ke, tapi yg pasti, cara ni sgt jimat.

guna ink, paper dan printer rakan sebelah.

Q said...

chain : woh. aku tak terfikir. tp kan kalo perempuan biasanya akan byr balik. still tak jimat gak :p

Related Posts with Thumbnails