Semua orang pasti tak terlepas dari soalan-soalan sebegini,
Bila mahu kahwin?
Bila sudah kahwin, ini pula yang disoal. Bila nak ada anak?
Bila sudah beranak pula, ini pula yang ditanya, Bila nak ada yang kedua?
Buat yang sedang belajar pula, ini yang akan ditanya,
Bila nak habis belajar? Dah habis ke belum?
Sesungguhnya seseorang itu akan habis belajar, apabila habis tempohnya. Contoh kalau kursus itu memakan masa 4 tahun, maka selepas tahun keempat habis belajarlah dia. Dengan syarat lulus semua subjek yang harus diambil.
Buat yang kursus 3 tahun, bila nampak budak yang kursus 4 tahun ada lagi selepas tahun ke-3, janganlah pula cakap Eh, tak habis lagi? Extend eh? Sensitif tahu! Kursus-kursus professional semuanya memakan masa 4 tahun. Medic 5 tahun. Buka mata, ambil tahu. Jangan main terkam saja tanya.
Jadi di sini, pakcik makcik, atok nenek, paklong pakngah dan segala pak pak serta mak mak lah. Saya nak umumkan bahawasanya saya dah habis belajar. Jadi, tak payahlah nak tanya lagi soalan-soalan itu ye?
Kalau lepas tanya soalan itu nak bagi note RM 10 takpe gak. Ini tanya-tanya kosong je.
Lepas ini siapa tanya beta bila nak kahwin kena masuk tabung RM 50 seorang. Kenduri nanti guna duit tabung itu je. Barulah syok cenggitu. Ye tak?
P/s : Detik ini permaisuri berkemungkinan baru selesai berperang. Sedang menjampi serapah hasil perang sebelum hasil dikutip. Badan pula sedang gegel-gegel kesejukan di dalam Iglo. Berakhirlah sebuah bab didalam novel kehidupan permaisuri dan bermulalah sebuah bab baru.
12 comments:
eh lambatnya habis? repeat paper eh? wakakaka. tahniah! ;)
wah,dah habis bljr.baru nk masuk 2nd year.dengkinye rase T_T
baru habis ker? x nak sambung master?
calon suami dah ada? bila rancang nak kawennya?
ok aku dah tanya banyak
Latest: Santai Ahad: Mandarin Oriental
Hot!: Ciri Wanita Idaman Lelaki
kerja time... huhuhuhu :p
errr....
tak boleh tanya bila nak kahwin la ni ek
haaaa. dah tiba masanya.
masa apa, tu kita x tau. jeng jeng jeng
otak ketat :
kursus aku 4 tahun. mmg lama. (tp aku rasa aku lg muda dari kau. hahaha)
milimilo :
kejap je dah 4 tahun. mmg tak sangka. nnti by the time mili final year pon msti rasa macam ni gak.
kapten :
yup. baru habis. taknak sambung master tp nak sambung acca. tp xtahu perlu ke x sambung acca. kalau sambung maybe aku buat part time. calon suami dah ada.
meo :
yup. tp kerja pon tak apply lagi ni.
farwalis :
tak boleh. sensitif. lagipon mana kita nak tahu bila kita nak kahwin. tu semua kerja tuhan.
ismishahril :
diamlah kau!
accounting mmg 4 tahun ke? :) takpee. janji dh abis bljr kan. smbg master laah ;)
soklan bila mau kawen adalah soklan cepumas sepanujang zaman...mmg tak bley blah dan jawapan standard ala2 artis "belum ada jodoh lagi"
syue : yup. akaun mmg 4 tahun. kalau fast track uitm dia lain skit.
shazruls : itulah. tp kalau tak jwb macam tu nak jawb macam mana?
agak2 bila nk kahwin ??
syok x dah hbs belajar , hahahak .
kompen kau lagi sakit hati , hahahak .
sape yg tnye kau soalan2 cmtu wei ?? meh sini aku jawabkan , hahahak
agak2 umur 25-27. within that age.
aku dah bosan dah habis belajar.
kau nak jawabkan apa weh? meh sini bagi aku set jawapan.
Post a Comment