Tuesday, May 18, 2010

Driver sambilan

Salam semua.

Hari ini kita bersiaran dari KLIA Sepang untuk menjemput King & Queen of Heart selepas honeymoon mereka. Walaupon merajuk dengan mereka kerana tidak mahu membawa aku kesana bersama tapi masih lagi menjemput mereka. Nama pon honeymoon. Apa barang nak bawa aku. Sampai hati mereka. Tsk tsk.

Oh. By the way, possibility untuk aku dapat seorang lagi adik adalah 99% didarabkan dengan kosong. Dalam kata mudahnya ialah sifar! Walaupon aku sebenarnya teringin nak seorang lagi adik. Iaitu adik lelaki. Supaya lengkap aku ada semua. Tapi kini aku redha. Ada seorang adik pon aku dah cukup seronok. 

King & Queen of Heart dijangka akan sampai pada pukul 8.40 pagi. Tapi seawal jam 5 pagi aku dah berada disni. Sempat berjemaah subuh dalam surau KLIA ini. Boleh aku qiyam dengan buat sujud sajadah sekali. Tapi.....aku tak buat. 

Awat awal sangat aku sampai KLIA ini? Sebab aku kena hantar Tuan Joker ke LCCT untuk backpacking tour dia tadi. Aku tak tahu flight dia pukul berapa. Aku saspek pukul 6 kot. Kan kena 2 jam awal. Pukul 4.15 pagi aku dah keluar rumah dah tadi. Disebabkan aku malas nak berulang alik Pj-Sepang, maka aku pon bercampinglah di KLIA ni. Aku bajet duit aku akan habis sebentar lagi dengan hanya membayar parking sahaja. Serius aku tak faham kenapa parking rate dekat sini mahal nak mam. Macam harrraaam.

Speaking of backpacking tour Tuan Joker, sepatutnya aku ikut beliau. Aku pernah cerita di entri ini. Backpacking dia dari Cambodia kemudian ke Phnom Phen kemudian ke Chiang Mai dan berakhir di Bangkok.Dalam masa 2 minggu. Mula hari ini sampai 30 Mei.

Mulanya aku nak ikut the whole trip ini. Tapi bajet tak cukup. Jadi aku fikir nak join yang ke Bangkok sahaja. Kemudian berjumpa beliau disana. Tapi sayang sekali kerana rusuhan di Bangkok, Queen of Heart tidak mahu meminjamkan kad kreditnya untuk aku beli tiket. (Baca betul-betul eh. Pinjam kad kredit. Bukan aku guna duit dia. Selepas dia dah bayarkan aku bercadang untuk membayar balik duitnya) Tapi sebab tak dapat pinjam, tak dapatlah nak beli tiket. Kalau beli offline memang aku tak reti. Harap maklum.  

Aku rasa ini je kerja aku semenjak menjadi penganggur nih. Hantar orang, ambil orang, hantar orang, ambil orang, bawa Pablo Aimar pergi wound, menurut pesan King of Heart supaya enjin kereta kena setat selang 2 hari. Owh. Tapi aku tak ikut yang tu. Aku buat selang 3 hari. Oklah itu kan. At least aku buat juga. Aku buat semua ini percuma je. Betul. Tak tipu. Sampai duit minyak aku juga yang kena bayar. Mana kau nak cari pemandu berhemah (heh!) macam aku nih? Sila jawab. 

Memang memandu je lah kerja aku sekarang. So, ada sesiapa yang rasa nak hire tak? Boleh tempah sekarang. Weekends haritu baru je aku drive PJ-Selayang-Ipoh-Penang-Ipoh-Selayang-PJ (Aku saja tulis macam ini nak kasi nampak banyak. Padahal berulang jek). Kalau nak tempah bolehlah dial (baru perasan  eja dial terbalik) talian bebas tol 1-300-87-kau-ingat-aku-rajin-nak-drivekan-kau? Tanda soal ini penting ye semua. Kalau tak tekan tanda soal nanti korang tak dapat call. Nanti keluar bunyi tut tut tut tut jeh. Bunyi ring ring ring takde.

Key tinggi rendah : Sorry entry panjang tak bergambar. Aku guna wireless sini jek. Apa-apa pon tak boleh buka. Facebook pon tak boleh. Nasib blog boleh. Terguna juga masa aku. 

6 comments:

farwalis said...

errrr..saya perlukan pemandu kak.

akak punya rate bayaran berapa? heeeheeee

ismishahril said...

tolong hantar aku kat kedai runcit depan? nak beli jajan, tapi malas nk jalan.

Nurul Huda Rahim said...

aku pn malas nak jalan. shahril, kirim! aku nak mamee perisa bbq satu. thanx.

Syue said...

kesian tk dapat ikut :) tp nak buat cmne, orang tua kita nak berbulan madu kan, ehem ehem, mana boleh kacau XDD amik adik angkat laah? =) saya pn tkde adik laki, tp aritu mami tnye adik saya : NAK TAK AMIK ADIK ANGKAT? hihihi

Aus MeLankoLik said...

hahahak , qiha , kalau aku hire agak2 ade diskuan x ?? aku student lagi nk bukti boleh , kad mtrx ade , hahahak .

Q said...

farwalis : saya punya rate tinggi. macam byr pilot. mampu?

chain <3 otak ketat : jajan baik beli kat bhai roti je. takyah driver.

syue : takpelah takde adik dah. anak buah ramai. tak terlarat nak jaga.

aus : aku pon ada matrik kad lagi. boleh guna lagi. org percaya je. hehehe.

Related Posts with Thumbnails