Friday, April 30, 2010

Kalau dah terlanjur, tengoklah cerita Juno



Agak-agak orang terlanjur diorang baca blog tak? Hahaha. Ke depa dah seronok sangat kan. Mana reti nak baca blog or buat benda-benda lain. Ustaz kursus kahwin cakap, eh eh dah pergi kursus kahwin dah dia? Gatal nampak! Haip! Diam kau! Pergi masa belajar murah. Back to the issue, ustaz itu cakap terlanjur itu sekali saja. Kalau banyak-banyak kali dia jadi menelanjurkan diri. Sokong? Siapa tak sokong ketuk meja!

Baiklah, sini nak ajar, kalau dah terlanjur, lepas itu termengandung, lepas itu tak tahu nak buat apa dengan janin itu, tengoklah cerita Juno. Then mesti lepas itu tahu nak buat apa daripada buang je janin tu merata-rata. 

Comel!

Cerita Juno ini filem bajet rendah tapi banyak terkategori untuk award. Cerita dah lama. Tak pernah keluar wayang rasanya tapi Astro dah selalu ulang tayang cerita ini. Cerita tak bosan. Ringkas dan padat! Tengok 87 ratus kali boleh layan lagi. Layaaaannnn..

Movie ini basically pasal perempuan bernama Juno yang masih lagi belajar (Tak sure what grade. Tapi still in high school lah) mengandung. Kira macam terlanjur lepas itu termengandung. Eh, dia tak terlanjur. Memang sengaja. Entahlah. Korang tengok sendiri lepas itu bagitahu itu terlanjur atau tak.

Lepas dia dah terpregnant dia tak tahu nak buat apa. Gelabahlah dia. Nak gugurkan ke atau nak keep the baby? Initially, dia nak gugurkan baby ini. Tapi tak jadi bila dia dapat tahu baby ada kuku. KUKU tahu?   Ya. Sebab itu saja. (Kalau korang rasa aku tipu, percayalah aku tipu. Haha)



Bila tak jadi nak gugurkan baby, dia cari option lain pula. That is, dia carikan parents untuk baby itu. Dia cari orang yang tak boleh ada anak, tapi nak ada anak. Kahwin dah bertahun, tapi tak boleh dapat anak. Tapi nak anak. (Apasal ayat macam berulang?) So dia pon nak bagilah baby dia dekat diorang untuk bela anak dia.

Eventhough cerita ini low cost budget film, tapi gambar dia still cantik. Cerita dia pon bagus. Pasal realiti takde merepek. Tapi nak tengok sambil makan kerepek boleh! Dekat oversea kan ramai juga student yang terlanjur. Contoh, Jamie Lynn Spears. Tak tahu siapa? Adik Britney lah! Some more, watak Ellen Page (Juno) itu memang menjadi. Suka sangat-sangat. Dialog dia pon bersahaja and kelakar. Plus, soundtrack dia best. Memang SUPERB lah!

Ini Ellen Page

Satu movie yang wajib tengok. (Dah lama dah tengok. Tapi sampai sekarang still ingat in details pasal movie ini). Sebab itu kalau dah terlanjur, tengoklah cerita ini. Lepas itu fikir, nak buat macam Juno ke or nak buang baby itu merata-rata. Bukan nak menggalakkan orang terlanjur. Tapi nak mengajar apa yang patut di buat. Kasihan tengok bayi yang nak hidup. Tapi lifespan tak panjang. Kalau dia tak nak hidup, mesti awal-awal lagi tuhan dah gugurkan dia. 

Di akhirat nanti, bayi yang mati akan menunggu ibunya di depan pintu syurga sambil membawa segelas air. Tetapi bayi yang mati kerana digugurkan oleh ibunya akan membawa segelas air yang sudah ditebuk lubangnya. Apabila gelas itu sampai ke si ibu, gelas itu kosong. Si ibu bertanya kepada si anak, "Kenapa anak tebuk lubang dekat gelas air ibu?" Lalu si anak menjawab, "Kerana pada masa dulu, ibu telah menebuk (gugurkan) saya"

Anak itu rezeki, anak itu penenang jiwa. Tengok kan budak-budak hati rasa tenang. Melayan karenah budak-budak itu sangat menyeronokkan eventhough kadang-kadang memenatkan. 

Baby 90210 sudah botak and bam bam :)

Thursday, April 29, 2010

New Blog New Me Perhaps

Congratulations in finding this blog :)

There's a reason why I moved to a new blog. This one. I will not post any of my pictures here and I will not reveal my identity. If you know me, then you know me. If you don't, then don't bother.

If you knew me, then you will knew where was my previous blog.  Some of my entries I import it from there. I guess it will be easier for people to figure. Sooner or later orang akan tahu juga kan. Tapi takpelah. Itu some of my favorite entries. 

The reasons why I moved to this blog mainly because I feel that blogging seems not fun anymore when every single person in your family reads your blog. From your parents to your siblings. Then your cousins, aunties and uncles!

I don't care if my parents and my siblings know about my blog. But aunties and uncles reads my blog seems really odd to me! It's not that I have anything to hide from them. But the feeling is different. Everything I wrote, I must be very careful. That's why I decided to write in a new blog, with a different identity. So that I can express anything that I want.

Some more, I am trying to run away from someone. Yes. Harsh as it seems. But that's the truth about it. Rimas okeh!

Last but not least, I want a simple URL. Manalah tahu nanti-nanti nak pergi ber.dot.com pula kan? Who knows :) Niat itu dah ada. Tapi tengok dulu lah.

Sorry for all of the sudden. Tapi memang dah lama dah terfikir nak buat macam ini. But still reluctant. Sekarang, memang dah tekad sangat-sangat dah. Those who came from my previous blog bolehlah unfollow yang itu as I will not be updating there anymore. Thank you for all your support.

Tuesday, April 27, 2010

Terselamat

Sumber : Berita Harian.

Nasib baik aku tak balik kolej pukul 4.20 petang semalam. Kalau tak mesti aku dah terpelanting sama. Syukur. Benda ini terjadi betul-betul dekat depan simpang nak masuk kolej. Baca link kat atas itu kalau nak tahu lebih lanjut. 

Tuesday, April 20, 2010

Tips Study

Hello semua :)

Minggu peperiksaan dah pon bermula. Paper first aku ialah Jumaat ini. Paper bahasa Thai. Tapi aku still main-main lagi. Study 30 minit lepas itu fikiran entah melayang ke mana. Alahai. Bila lah nak ada mood untuk study. Tapi takpe. Walaupon aku kurang study, aku ada 3 tips belajar yang memang berkesan untuk korang semua. (Buat yang masih belajar lah)

1) Buat ilmu penyerapan
Caranya senang saja. Before tidur, korang letaklah notes korang ke buku teks korang ke bawah bantal. Nanti masa tidur ilmu tu terseraplah dalam kepala otak kau. Sonang. Tak payah baca buku. Ilmu penyerapan ini juga boleh dipanggil dengan gelaran Stado (Study + Tido)

2) Hafal formula sebelum tidur
Especially formula Matematik. Rumus ke apa ke boleh juga. Nanti masa tidur kau akan termimpi-mimpi terngigau-ngigau benda ini. By the time kau wake up, benda ini memang dah ada dalam kepala dah. Serius yang ini berkesan. 

3) Beli DVD cerita English tapi sound dengan subtitle dia bahasa antarabangsa
Cara ini applicable kalau kau belajar bahasa ketiga lah. Untuk paper-paper lain tak berkesan. Harap maklum. Contoh macam aku, beli DVD cerita Material Girls. Cerita English lakonan Hilary & Haylie Duff. Sekali bila pasang sound dengan subtitle dia bahasa Thai. Senang kerja aku! Tak yah study Thai lagi. Tengok DVD saje. Berhibur sambil belajar bak kata orang. 



Outoftheblue: Sengal punya apek DVD. Tahulah aku belajar bahasa Thai. Tapi tak payahlah nak perli aku macam tu sekali. -_-" Sekian.

P/s utk Joegrimjow & Baba Babynadhrah : Happy Birthday :)

Thursday, April 15, 2010

Binatang Kamu

Hari ini hari Khamis. Kita teruskan lagi kelas bahasa Thai kita. Aku suka kelas bahasa Thai pada hari Khamis. Sebab kelas ini berada di lab. Sambil belajar, sambil buka FB, sambil belajar, sambil buka FB, sambil belajar, sambil buka FB. Hoi! Berapa kali nak ulang daaa. Walhal seharusnya sambil belajar sambil buka website ini.

Baiklah. Kelas kita pada hari ini ialah mengenai binatang. Binatang ialah haiwan yang diciptakan tuhan. Bezanya dengan manusia ialah ia tidak mempunyai akal. Tetapi walaupon akal mereka sifar, mereka takdelah sampai nak buang anak kan. Lebih ajaib lagi, bila kita menulis sebegini BINATANG KAMOOO! ia seperti menunjukkan rasa marah. Akan tetapi binatang tersebut tidak bersalah, kenapa mereka yang mendapat nama? Kenapa???? (Apa aku tulis ini aku pon tak faham. Hahaha)

Baiklah. Mari kita teruskan sesi pembelajaran kita pada hari ini :

Beruang - Mii                                                                 Khinzir - Muu                   
Anjing - Maa                                                                   Arnab - Krata
Burung - Nok                                                                 Ayam - Kai
Ikan - Plaa                                                                      Ular - Ngau
Katak - Kob                                                                   Udang - Kung
Kangaroo - Jingjoo                                                         Sotong - Plaamuk
Singa - Singtoo                                                                Kuda - Maa
Monyet - Ling                                                                 Kucing - Meeo
Tikus - Nuu                                                                     Harimau - Sua
Helang - Nok in sii


Ketahuilah ejaan Kuda dan Anjing adalah sama. Tapi bunyi dia berbeza. Nak dengar bunyi, pergi  website ini,   http://www.thai2english.com/. Type horse/dog, lepas itu ada lambang volume dekat situ. Tekan. Baru dengar bunyi sebutan dia.

Lagi satu, jangan pula ada yang tanya sugar glider apa, hedgehog apa dalam bahasa Thai lepas ni. Aku tak tahu. Lagi-lagi si kunang-kunang itu, harap maaf kerana kamu tidak tersenarai dalam senarai di atas. 

Sekian sahaja kelas pada hari ini. Bye.

Kelas ini dibawakan oleh anda oleh :

Smitten

Wednesday, April 14, 2010

Bermain dengan sticker

Tak boleh stop ketawa tengok gambar ini

Nadhrah : Cik Q, Nadhrah nak main dengan sticker ni kejap boleh tak? 
Cik Q (dalam kepala) : Main dengan sticker? Macam mana itu? 
Cik Q (jawab) : Ha. Okay.

Selang beberapa jam.
Cik Q keluar bilik melihat hasil tampalan sticker. 
Inilah hasilnya :




Kreatif juga laaaa budak sorang nih. Harimau dijadikannya makanan katak. Hebat!

Outoftheblue : Takde idea nak tulis apa sebab takde benda menarik yang berlaku. Nantilah fikir.

Tuesday, April 13, 2010

Nombor

Hari ini Hari Selasa. Hari Selasa juga adalah equivalent kepada hari kelas Thai. Tetapi hari ini saya tiada kelas sebab cuti belajar (study week). Oleh sebab itu, saya haruslah mengulangkaji pelajaran. Maka, dengan ini, saya ingin menulis sambil mengulangkaji. Sambil-sambil itu, anda semua dapat belajar bahasa Thai juga. 

Kita mula dengan basic sahaja iaitu nombor :

1 - nung (sebut neng)
2 - soong (song - lagu)
3- saam (abang sam yang masaam)  
4 - sii  (I seee)
5 - haa (haaa? APA?)
6 - hok (hok aloh la...)
7 - jed (teringat batu jed. Zamrud is it?)
8 - beed (katil oh katil)
9 - kao (Kao Attack! Padanlah lambag dia ada nombor 9)
10 - sib 

Sekian sahaja kelas untuk hari ini. Kita jumpa lagi di lain masa.....

Friday, April 9, 2010

Cara Mengorat Awek Yang Berkesan

Hai semua :)

Malam minggu menjengah lagi. So, apa plan korang malam ini? Online sampai lebam? Awat tak pergi dating tonton cerita Date Night? Takde pasangan lagi? Hehehe.

Semenjak dua menjak ini, pergi mana-mana, mesti member-member buka topik yang sama. Agak hot gak lah topiknya. KAHWIN! Dahlah mostly yang mengadu itu semuanya lelaki. Kalau perempuan, tak apa lah lagi. Ini lelaki. Sama umur. Tak boleh belah! Yelah. Perempuan kalau kahwin lambat nanti di panggil Andartu or Andalusia kan? Kalau lelaki ada akronim anak teruna tua tak? Takde kan? 

Mungkin sebab semua pon dah meningkat usia. Benda-benda macam ini depa dah fikir. Tak nak main-main dah. Jadi hari ini, meh sini aku nak ajar sikitlah dekat korang macam mana nak mengorat perempuan ini. Simple saja.



Situasi : Nak ajak keluar pergi date

Teruna : Malam ini free tak?
Dara (Yang tahu lelaki ini ada hati dekat dia tapi dia tak suka): Tak free lah. Aku ada itu ini itu ini. Apasal?
Teruna : Takde apa-apalah. Aku ingat nak ajak keluar. Esok free tak?
Dara : Tak free, aku nak balik kampung (bohong sunat)

Cuba kalau korang buat macam ini

Teruna : Weh, malam ini kita tengok Date Night pukul 9 malam. Aku dah beli tiket untuk kau. Pukul 8 aku ambil kau.
Dara (Nak mengelak, tapi tiket dah beli. Rasa serba salah) : Ha? Erm..tapi..
Teruna : Hah! Takde tapi-tapi. Aku dah beli tiket dah ini. Takkan nak burn je. Rugi lah. Dah-dah. Aku ambil kau pukul 8.
Dara (Terpaksa rela) : Okay.

HA. Bukan ke senang korang buat macam ini.  Daripada tanya soalan typical Malam ini free ke tak? Lepas itu kena  pusing-pusing, U-turn balik, go head go stan balik, date nya tidak dapat juga. Straight to the point kan lagi senang. Dahlah dapat tengok movie sama-sama. Lepas itu kalau sempat dinner, dapat dinner sama lagi kan? S.I.M.P.L.E.


Outoftheblue: Cakap orang tapi diri sendiri pon tercongok depan laptop main The Sims 3. Diri sendiri tiada life. The Sims yang dapat life. =p

Berubah ke gothic jika mahu jimat

Anda nak jimat? Kalau nak, berubahlah kepada gothic. Serius weh aku cakap. Kenapa jimat? Yelah. Hari-hari kau akan pakai baju warna hitam je. Buka almari pon hiiiittttaaammm saja semua. Tak de warna lain. Kau pakai baju tu repeatedly pon takde siapa nak perasan. Make-up? Bubuh eyeliner sekeping dua macam Adam Lambert, lipstick pon warna hitam. Ha, lepas itu pakai sayap pari-pari kat belakang badan, siaplah! Boleh pergi kelas. Nak pergi jalan pon boleh. Tapi probabilities orang tengok kau dengan muka pelik tu tinggi lah!


Dah dah. Apalah aku ajar ini! Tak baik tau ikut gothic-gothic ini. Bukan budaya kita. Aku nak cakap dekat sini, kalau nak jimat, berubahlah ke tulisan century gothic.


Ni ha tulisannya

Kenapa aku cakap macam itu? Sebab research mengatakan bahawa dengan berubah menggunakan tulisan century gothic, anda boleh jimat ink printer anda. Kalau nak dibandingkan dengan Arial itu.  Tidak percaya, anda boleh baca sendiri di sini. Tapi assignments requirements selalunya nak Arial dengan Times New Roman jek! Tak boleh nak jimat juga. Huh!

Cuma one thing guna Century Gothic ini, dia makan kertas. So, tak environmental friendly. Lah, pulak! Jadi  kalau nak jimat kertas pula, jangan print apa-apa.

Kesimpulannya? Tiada kesimpulan disini. Hahaha. Hang nak jimat kertas, hang guna Arial. Hang nak jimat ink, hang guna Century Gothic. Hang nak jimat dua-dua tak payah print apa-apa. Sekian :)

Thursday, April 8, 2010

Movie Review : Ong Bak 2

Hello dan hai hai hai hai semua :)

Hari ini kan, hari ini kan, kita kan, nak uji skills buat movie review kita sikit lah. Yelah. Hari tu kan kita tengok cerita Ong Bak 2 buat pertama kali kan, kita kenalah review. Nanti karang, ada orang ingat kita kena tipu dengan Ajaan lagi. Kali ini tidak tau! Memang kita betul-betul tengok cerita ini tau! Nak tahu tak, nak tahu tak? Tak nak tahu pon kita nak bagitahu juga, dulu-dulu kan, kita panggil cerita ini Ombak tau you all. Kita pon tak tahu kenapa. Dalam hati kita terfikir, eh, hati kita boleh fikir tau. Jangan main-main. Ingatkan otak saja yang berfikir. Kenapa pasal Ombak pon dia boleh buat cerita ek?

Haaa. Ada rasa nak pelangkung tak? Haha.

Lawan atas gajah. Korang boleh buat?

Basically, Ong Bak 2 ini mengisahkan pasal seorang anak lelaki (leung chai) pemimpin tertinggi Kerajaan Ayuthya yang nak balas dendam dekat orang yang merampas takhta ayah dia and bunuh parents dia gak. Kira dia nak ambil hak dia balik lah sebagai pewaris and pemimpin. So, sebab dia nak balas dendam dia pon belajar lawan. Tapi rupa-rupanya, cikgu yang mengajar dia lawan itulah orang yang bunuh parents dia.

Ong Bak 2 ini cerita aksi lah (obviously). Lawan lawan dan lawan. Fight fight fight. (Perlu ke repeat 3 kali with translation sekali?) Perlu perlu (Jawab sendiri). Cerita aksi-aksi ini aku sukalah. Lagi, disebabkan cerita ini cerita aksi, dialog tak banyak. Betul. Sikit sahaja. Watak utama dia aku rasa cakap 3 kali je kowt. Memang takde skrip sangat pon. Tapi kalau tak buka subtitles aku still tak faham apa diorang cakap eventhough dah belajar bahasa Thai. Hahaha. Laju kowt diorang cakap. Lentok lain pon makna dah lain.


Ong Bak 3

So, apa komen aku pasal cerita ini? Bolehlah! Sebab cerita aksi kan. Aku suka lah tengok part lawan-lawan itu. Siap ada lawan atas gajah. Kawan aku cakap Ong Bak 1 lawan atas patung dewa. Owh. Lupa. Ong Bak tu adalah nama dewa. (Ini Ajaan cakap). Patung dewa Budha. Tapi one thing aku tak suka, ending dia tergantung. Ceh. Penat tengok. Ajaan cakap nanti nak keluar Ong Bak 3 pula. Sebab itu kot dia buat ending tergantung. (Tapi Ong Bak 2 tak bersambung pon dari Ong Bak 1. Kawan aku cakap lain.)

Tapi biasanya cerita aksi ini tak melekat dalam hati pon. Dalam masa beberapa bulan aku akan lupa jalan cerita dia macam mana. Sebab dia banyak movement. So, kalau borak-borak cerita aksi, I will ask "Macam mana cerita dia again?" sambil buat muka innocent macam tak pernah tengok cerita itu.

Wednesday, April 7, 2010

Kisah kipas dan aircond

Group ini pon ada. Hehe.
I know about this group from my sister. Rasa macam kelakar gila.
Forget being a fan, I want to become an air conditioner.

Fan boleh membawa 2 maksud. Maksud yang pertama ialah peminat dan satu lagi kipas. Manakala kipas pula boleh membawa dua maksud iaitu yang pertama sesuatu yang menyejukkan dan menyamankan (kipas angin) dan satu lagi ialah kaki bodek/mengampu. (Apasal gaya macam cikgu BM je eh?)

Tapi dekat sini, disebabkan tabiat yang sangat sangat sangat suka membodek beliau itu (boleh gelarkan beliau ke? tak patut tak patut), pasti mengekor ke sana ke mari, kitorang tak gelarkan dia kaki kipas, tetapi kaki aircond terus. Nak lagi stail? A-kon! ^_^ 

Maka sekarang, aircond juga boleh membawa maksud kaki bodek. Tetapi yang lagi advance punya! Yelah. Dunia sekarang kan dah makin panas, mestilah nak aircond saja. Selepas ini, bolehlah si kaki-kaki bodek merekacipta page ini pula, "Becoming a fan is sooo uncool, I want to become an airconditioner."

Student Life

Says goodbye to this life :

Breakfast - 12 pm

Lunch - 4 pm

Dinner - 8.30pm / 9 pm / No dinner

Sungguh unhealthy. So, bye-bye.

Thursday, April 1, 2010

Wa kena beb!

Hari Selasa (30 Mac 2010)
Dalam Kelas Thai

Ajaan : Hari Khamis ini takde kelas dekat lab. Terus pergi Dewan Mengkula. Ada makan! Ada tomyam kung!

Students (Muka bercahaya girang dapat tahu ada makan free) : Baik!

Student S : Jadi hari Khamis ini tak payah lunch la eh? Terus pergi sana makan ye?

Ajaan : Ya. Bukan aahaan (baca: makan) Thai saja ada. Korea, Jepun, Itali and lain-lain lagi pon ada.

Students : Muka bercahaya girang sekali lagi.

Selepas kelas,

Student Q : Eh, benda ini dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang je lah. Kelas kita pukul 2 sampai 4 petang.

Student F : Kalau macam itu, kita datang pukul 12 lah. Then pukul 3 kita balik. Kalau lambat nanti makanan habis.

Hari Khamis (1 April 2010)
Di bilik jam 12 tengah hari

Student Q sedang bersiap-siap melihatkan yang student F pon sedang bersiap-siap. Sambil-sambil itu pekenalah 3 keping roti.

Student F : Eh, kau nak pergi mana?

Student Q : Eh, bukan nak pergi makan ke?

Student F : Tak adalah. Semangatnya kau. Aku ada discussionlah.

Student Q : Owh! Ok ok. Dah aku tengok kau siap, aku pon siaplah. Haha. Then aku lepak dalam bilik dululah. Nanti lepas kau dah habis discussion kita pergi.

Pukul 2 petang
Di Dewan Mengkula

Terlihat ramai student-student yang mengambil bahasa asing berkumpul. Terdapat banyak juga booth-booth negara asing dibuka. Tapi kelibat makanan memang tiada. Yang ada pon cupcakes je. Tapi itu pon kena beli dekat booth Filipina dengan harga RM 1.50.

30 minit pertama...
Ada ucapan perasmian. Kelibat makanan, memang haram! Langsung tak nampak.
Students C : Ajaan, takde makanan ke? Mana tomyam kung? Lapar.

Student F : Korang tak makan ke tadi?

Student C : Tak. Laparlah.

Ajaan : Ada tomyam kung. Wahid yang masak.

Students : Wahid? -_-"
(Wahid tu nama tauke kafe dekat fakulti ini, Cafe Wahid)


Aku nak pergi mengorat abang tukang masak Cafe Wahid tu.
Hari-hari boleh makan tomyam kalau gitu. Dahlah dia comel. Masak pon sedap =p


Ni antara muka-muka yang dah terkena. Korang teka sendirilah mana satu ajaan nya.

Memang terbaiklah. 1 kelas kena tipu. Elok-elok je pula kena masa 1 April. Bagus! Satu permulaan bulan yang baik. Senyum :)

Outoftheblue : Kot ye pon nak suruh kitorang datang, cakap sajalah ada attendance. Haha. Tak payahlah cakap ada tomyam kung. Musnah harapan. Nasib baiklah tak terlebih excited pergi kelas pukul 12 kan. Pergi pukul 2 juga. Kalau tak, memang syoklah orang tu ada benda untuk dibahan kan. Kan? 
Related Posts with Thumbnails