Hidup ini penuh dengan persoalan.
Semua orang pasti tak terlepas dari soalan-soalan sebegini,
Bila mahu kahwin?
Bila sudah kahwin, ini pula yang disoal. Bila nak ada anak?
Bila sudah beranak pula, ini pula yang ditanya, Bila nak ada yang kedua?
Buat yang sedang belajar pula, ini yang akan ditanya,
Bila nak habis belajar? Dah habis ke belum?
Sesungguhnya seseorang itu akan habis belajar, apabila habis tempohnya. Contoh kalau kursus itu memakan masa 4 tahun, maka selepas tahun keempat habis belajarlah dia. Dengan syarat lulus semua subjek yang harus diambil.
Buat yang kursus 3 tahun, bila nampak budak yang kursus 4 tahun ada lagi selepas tahun ke-3, janganlah pula cakap Eh, tak habis lagi? Extend eh? Sensitif tahu! Kursus-kursus professional semuanya memakan masa 4 tahun. Medic 5 tahun. Buka mata, ambil tahu. Jangan main terkam saja tanya.
Jadi di sini, pakcik makcik, atok nenek, paklong pakngah dan segala pak pak serta mak mak lah. Saya nak umumkan bahawasanya saya dah habis belajar. Jadi, tak payahlah nak tanya lagi soalan-soalan itu ye?
Kalau lepas tanya soalan itu nak bagi note RM 10 takpe gak. Ini tanya-tanya kosong je.
Lepas ini siapa tanya beta bila nak kahwin kena masuk tabung RM 50 seorang. Kenduri nanti guna duit tabung itu je. Barulah syok cenggitu. Ye tak?
P/s : Detik ini permaisuri berkemungkinan baru selesai berperang. Sedang menjampi serapah hasil perang sebelum hasil dikutip. Badan pula sedang gegel-gegel kesejukan di dalam Iglo. Berakhirlah sebuah bab didalam novel kehidupan permaisuri dan bermulalah sebuah bab baru.