Thursday, September 30, 2010

Berita Hari Ini (Penting)

Sari berita penting. Ini intipati 30 minit pertama berita hari ini. 

1) Pangkat adik Sultan dilucutkan
2) Presiden parti cadang letak jawatan
3) Wartawan tak dibernarkan masuk lalu boikot
4) Pengurusan menjawab kesalahan security
5) Security jawab hanya mengikut orang atasan
6) Pilihan raya kecil di negeri Cik Siti Wan Kembang
7) Parti ini tidak bagus
8) Parti ini tidak bagus
9) Parti ini tidak bagus
10) Kesesakan jalan raya kerana crane tumbang

Azan berkumandang menandakan masuknya watuk Isya' di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. TV ditutup.

Don't know why I even bother to watch the news today. Haih! Dahlah penat balik interview. Tengok berita macam ini pula. So dissapointing. 

Note to self : Its the end of September and I am still jobless! Wohoo! *Joget * Joget* Really hope I get the job that I went for interview today. 

Sunday, September 26, 2010

Perubahan Zaman

Dulu zaman cupcakes. Pergi kenduri sana sini, hidang cupcakes. Pergi jamuan sana sini ada cupcakes. Sekarang turn macaroons pula. Kenduri mana-mana, sibuk nak bagi gift macaroons. Makin lama saiz makanan makin kecil. Tapi harga makin naik.  Silap-silap haribulan, nanti cookies sebiji pon harga mahal nak mampos. Harga sebiji sama dengan harga boleh dapat sebalang.

Dulu-dulu orang sibuk gantung DSLR ke mana-mana. Pergi mana-mana mesti nak show off DSLR. Tak pandai tangkap gambar pon, claim konon photographer sebab ada DSLR. La ni, tangkap gambar dengan Polaroid. Lepas itu gambar Polaroid itu tangkap dengan digicam pula. Dah lama Polaroid wujud, baru sekarang nak popular balik. Macam-macam.


Wednesday, September 22, 2010

Geram

Tonton video-video berikut banyak-bayak kali. 





Zahiril, kenapa awak comel sangat hah?
(Could be that they were together? Hmm)

Saturday, September 18, 2010

Raya

Masih belum terlambat buat permaisuri untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Ampun dan maaf buat semua rakyat atas segala khilaf dari permaisuri

Lama sudah permaisuri tidak bertitah 
Buar rakyat duduk tak betah
Aidilfitri tahun ini disambut dengan kurang meriah
Memandangkan adik beradik
Pulang ke rumah keluarga sebelah

Malam Raya Pertama
Tahun ini turn orang datang takbir awal. Dalam pukul 10 hidangan dah siap kemas. Malam masih muda, permaisuri melawat sekitar Jalan TAR. Saja nak tengok suasana. Ramai sungguh manusianya. Maka segala kata-kata bahawa semasa raya Kuala Lumpur tidak sibuk hanyalah mitos semata-mata. Nak cari parking around Jalan TAR pon makan 30 minit. Walaupon ramai dan terpaksa mendengar sekumpulan lelaki bergosip sewaktu berjalan, tapi sales dia awesome!

Hari Raya Pertama
Bangun awal untuk solat sunat Aidilfitri. Lepas solat turun bawah masjid makan dan bersalam-salam. On the way balik, mama buka cerita cakap makcik tadi tu lah yang nak pinang dulu. Hah. Jowdropped kejap. Nasib dah takde tanya-tanya dah. 

Balik rumah, sambung makan lagi. Pukul 11 baru Tuan Joker sampai rumah. Wujuslah sesi salam-salam dan tangkap gambar family. Selesai family potrait session, Lil pablo Aimar & Baby 90210 ikut parents beraya dengan another grandparents. Tuan joker pula kena bertugas hantar makanan dekat staff. Tinggallah permaisuri dengan Ace Venturina terkulat-kulat dekat rumah. Sementara orang solat Jumaat, sempatlah permaisuri take a nap sebentar. Meriah sungguh raya permaisuri tahun ini. 

Thursday, September 2, 2010

Bebelan Permaisuri

Aku tak suka kalau posmen datang rumah. Especially yang kena tandatangan itu. Serabut. Sebab posmen ni selalu tak sabar. Ting tong dengan honk banyak kali. Aku fahamlah dia panas kat luar itu. Tapi aku kat rumah pon bukan pakai sopan-sopan. Nak jumpa dia kena tukar seluar sarung tudung dulu. Bila suruh maid yang tolong signkan, tak boleh pula. Nak yang ada IC. Leceh.

Cakap pasal IC, hari itu aku renew IC. Kena bayar RM 10. Aku ingat free. Dahlah masa itu aku ada RM 20 je dalam wallet. Kakak kaunter itu cakap, mana ada free dah sekarang. Cis. Baiklah kakak. Saya tahu tak ada benda free dah dalam dunia ini sekarang. Even oksigen pon belum tentu free. Aku tak faham kenapa kena tukar IC bawah peraturan 18. Kalau tak tukar lagi lepas umur 25 tahun, nanti kena denda. Padahal aku baru je tukar masa umur 17. Dari IC warnawarni kepada MyCard. Beza setahun je pon nak kira juga.

Hari ini hari paling tak produktif. Siang dibazirkan dengan tidur serta baca entri-entri lama frusttapimalas. Seronok. Macam makan aiskrim. (Tetiba). Eh tolong sikit, aku puasa eh.

Ramadhan tahun ini, ramadhan paling enjoy. Aku rasa lah. Sebab 100% spend masa dekat rumah. Dan Ramadhan tahun ini aku dipenuhi dengan jemputan. Jemputan interviews. Kalau tak selang sehari, dia berderet-deret. Rasa macam dah kerja. Hari-hari bangun awal sarung formal attire. Penat! Tapi at least masa aku terisi. Walaupon aku banyak menunggu je dekat ofis itu. Asal balik dari interview je, aku mesti tidur. Tak tahulah penat menunggu atau penat menggunakan otak. Tapi aku rasa sebab yang pertama itu. 

Aku tak suka interview. Bukan sebab kena tunggu lama atau jawab soalan. Tapi sebab kena pakai mekap. Dan aku tak suka pakai mekap. Sebab bila pakai mekap, kena cuci bersih-bersih. Kalau tak cuci betul-betul, nanti naik jerawat. Tapi kalau tak pakai mekap, muka akan nampak pale. Mata pula sembab.

Sekejap je nak raya dah. Tak puas. Kuih raya aku tak buat atau beli. Kuih tahun lepas ada lagi berbalang-balang. Siapa datang rumah aku hidang yang itu saja. One thing aku notice, asal Ramadhan je, mesti Tadabur khatam. Amazing :)

Zaman sekarang, orang tak tanya dah imam masjid itu best ke tak. Tapi orang tanya, masjid ada aircond tak? Kalau ada, terawikh dekat situ. Walaupon dekat masjid lain ada moreh best seperti McD, tapi takleh compete dengan masjid ada aircond. 

Aku tak faham orang yang pergi masjid bawa handphone/blackberry. Lepas itu in between solat Isya' dengan solat Terawikh, sempat ber SMS/BBM dulu. Dah sampai masjid itu, fikir duniawi pula. Make yourself devoted to godlah. Ini tak.

Pesan Papa, hayatilah bacaan-bacaan dalam duduk antara dua sujud. Sebab bacaan dia merangkumi doa untuk duniawi serta ukhrawi. Tak percaya, cubalah cek makna lapan-lapan perkataan yang kita baca masa itu. 

Tamat bebelan. Terima kasih kerana membaca. 
Related Posts with Thumbnails