Thursday, September 2, 2010

Bebelan Permaisuri

Aku tak suka kalau posmen datang rumah. Especially yang kena tandatangan itu. Serabut. Sebab posmen ni selalu tak sabar. Ting tong dengan honk banyak kali. Aku fahamlah dia panas kat luar itu. Tapi aku kat rumah pon bukan pakai sopan-sopan. Nak jumpa dia kena tukar seluar sarung tudung dulu. Bila suruh maid yang tolong signkan, tak boleh pula. Nak yang ada IC. Leceh.

Cakap pasal IC, hari itu aku renew IC. Kena bayar RM 10. Aku ingat free. Dahlah masa itu aku ada RM 20 je dalam wallet. Kakak kaunter itu cakap, mana ada free dah sekarang. Cis. Baiklah kakak. Saya tahu tak ada benda free dah dalam dunia ini sekarang. Even oksigen pon belum tentu free. Aku tak faham kenapa kena tukar IC bawah peraturan 18. Kalau tak tukar lagi lepas umur 25 tahun, nanti kena denda. Padahal aku baru je tukar masa umur 17. Dari IC warnawarni kepada MyCard. Beza setahun je pon nak kira juga.

Hari ini hari paling tak produktif. Siang dibazirkan dengan tidur serta baca entri-entri lama frusttapimalas. Seronok. Macam makan aiskrim. (Tetiba). Eh tolong sikit, aku puasa eh.

Ramadhan tahun ini, ramadhan paling enjoy. Aku rasa lah. Sebab 100% spend masa dekat rumah. Dan Ramadhan tahun ini aku dipenuhi dengan jemputan. Jemputan interviews. Kalau tak selang sehari, dia berderet-deret. Rasa macam dah kerja. Hari-hari bangun awal sarung formal attire. Penat! Tapi at least masa aku terisi. Walaupon aku banyak menunggu je dekat ofis itu. Asal balik dari interview je, aku mesti tidur. Tak tahulah penat menunggu atau penat menggunakan otak. Tapi aku rasa sebab yang pertama itu. 

Aku tak suka interview. Bukan sebab kena tunggu lama atau jawab soalan. Tapi sebab kena pakai mekap. Dan aku tak suka pakai mekap. Sebab bila pakai mekap, kena cuci bersih-bersih. Kalau tak cuci betul-betul, nanti naik jerawat. Tapi kalau tak pakai mekap, muka akan nampak pale. Mata pula sembab.

Sekejap je nak raya dah. Tak puas. Kuih raya aku tak buat atau beli. Kuih tahun lepas ada lagi berbalang-balang. Siapa datang rumah aku hidang yang itu saja. One thing aku notice, asal Ramadhan je, mesti Tadabur khatam. Amazing :)

Zaman sekarang, orang tak tanya dah imam masjid itu best ke tak. Tapi orang tanya, masjid ada aircond tak? Kalau ada, terawikh dekat situ. Walaupon dekat masjid lain ada moreh best seperti McD, tapi takleh compete dengan masjid ada aircond. 

Aku tak faham orang yang pergi masjid bawa handphone/blackberry. Lepas itu in between solat Isya' dengan solat Terawikh, sempat ber SMS/BBM dulu. Dah sampai masjid itu, fikir duniawi pula. Make yourself devoted to godlah. Ini tak.

Pesan Papa, hayatilah bacaan-bacaan dalam duduk antara dua sujud. Sebab bacaan dia merangkumi doa untuk duniawi serta ukhrawi. Tak percaya, cubalah cek makna lapan-lapan perkataan yang kita baca masa itu. 

Tamat bebelan. Terima kasih kerana membaca. 

6 comments:

nn said...

masa duduk hostel dulu sebelum pergi sekolah beratur and baca bacaan duduk antara dua sujud tu ramai-ramai :)

zirconia said...

weh aku baru jumpa blog baru ko nie??
amazinglah Queen Q ye..

ismishahril said...

marah betul kau. kurang pahala puase kanggggg

cik nurulain said...

hi Q. :) tp i tak kisah ada air-cond ke tak, i tanya, imam dia baca surah pendek ke panjang? huhu. bkn apa, kalau baca surah pendek, i mampu stay utk 20. tp kalau surah panjang, i stop at 8 je. nway, gud luck in your interviews k?

frwls said...

huhaaa! sabar. nanti raya main bunga api k

Q said...

zuzu : kau tahu pon sbb aku komen kan? haha

chain & farwalis : nampak marah ke? aku tak marah pon la.

CN : dekat masjid depan rumah ni, dia takde aircond. panas. sbb panas imam solat laju. semput. so kitorg solat dekat masjid lain.

Related Posts with Thumbnails