Saturday, September 18, 2010

Raya

Masih belum terlambat buat permaisuri untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Ampun dan maaf buat semua rakyat atas segala khilaf dari permaisuri

Lama sudah permaisuri tidak bertitah 
Buar rakyat duduk tak betah
Aidilfitri tahun ini disambut dengan kurang meriah
Memandangkan adik beradik
Pulang ke rumah keluarga sebelah

Malam Raya Pertama
Tahun ini turn orang datang takbir awal. Dalam pukul 10 hidangan dah siap kemas. Malam masih muda, permaisuri melawat sekitar Jalan TAR. Saja nak tengok suasana. Ramai sungguh manusianya. Maka segala kata-kata bahawa semasa raya Kuala Lumpur tidak sibuk hanyalah mitos semata-mata. Nak cari parking around Jalan TAR pon makan 30 minit. Walaupon ramai dan terpaksa mendengar sekumpulan lelaki bergosip sewaktu berjalan, tapi sales dia awesome!

Hari Raya Pertama
Bangun awal untuk solat sunat Aidilfitri. Lepas solat turun bawah masjid makan dan bersalam-salam. On the way balik, mama buka cerita cakap makcik tadi tu lah yang nak pinang dulu. Hah. Jowdropped kejap. Nasib dah takde tanya-tanya dah. 

Balik rumah, sambung makan lagi. Pukul 11 baru Tuan Joker sampai rumah. Wujuslah sesi salam-salam dan tangkap gambar family. Selesai family potrait session, Lil pablo Aimar & Baby 90210 ikut parents beraya dengan another grandparents. Tuan joker pula kena bertugas hantar makanan dekat staff. Tinggallah permaisuri dengan Ace Venturina terkulat-kulat dekat rumah. Sementara orang solat Jumaat, sempatlah permaisuri take a nap sebentar. Meriah sungguh raya permaisuri tahun ini. 

3 comments:

zirconia said...

ko tak balik kampung eh?

farwalis said...

lemang ada lagi tak kat rumah?

Q said...

zuzu : dah lama dah tak balik utk raya. since form 5.

farwalis : lemang dah habis.

Related Posts with Thumbnails