Thursday, June 24, 2010

Tanah Besar China

Negara yang sangat banyak kepercayaan. Setiap benda, pasti ada cerita di sebaliknya.

Ini forbidden city (yang sekarang dah tak forbidden dah)

Bila masuk, terasa seperti berada di dalam movie China. Forbidden city ialah sebuah istana maharaja. Dan maharaja itu ada sekurang-kurangnya 3000 gundik. Banyak kan energy dia? Satu malam paling kurang pon dengan 5 gundik. Apa tak tidur apa maharaja nih?


Kalau nak jadi macam maharaja, ada 3000 gundik, jalanlah kat jalan yang tengah-tengah itu. (Dalam gambar kiri sekali). Jalan untuk maharaja usually tinggi (tebal) sikit dari jalan orang biasa. Untuk tunjukkan ketinggian pangkat dia. 

Tapi maharaja ini takut kena bunuh. Main perempuan ngan bunuh orang je pandai. Bilik tidur kena ada 7 buah supaya musuh tak tahu dia tidur mana. Kat palace tak boleh ada pokok selain kat taman dia supaya takde musuh menyorok kat situ. Lantai kena buat 15 lapis dalam supaya musuh tak korek tanah menyorok kat situ. Bunuh orang berani. Sendiri kena bunuh takut. Hampeh.


Ini pokok suami isteri. Dipercayai kalau tangkap gambar kat situ nanti bahagia. Jadi kalau datang dengan kapel, tangkaplah gambar kat situ. Tapi aku tak tangkap pon. Sebab ramai orang. Lagipon, aku memang dah bahagia dengan adik aku. Tak perlu. Hahaha. 

Bahasa komunikasi memang payah. Tak ramai yang pandai cakap English sebab diorang tak praktis. Kalau ada pon English, dia direct translation and orang susah nak faham. Ini salah satu contoh :


Ini dari gate Great Wall. Keluar-keluar bas aku dah gelak-gelak tak faham apa dia tulis. Rupa-rupanya maksud dia tourist kena turun dari kereta dan beli tiket baru boleh masuk. (Apa kaitan dengan daftar dalam tadika still tak dapat detect lagi. Hmm)

Kalau nak membeli belah pula, make sure korang pandai bargain. Itu skill yang korang kena ada. (Aku takde and aku benci beli kat tempat-tempat kena bargain nih. Nasib baik adik aku pandai). Kenapa? Biasalah. Diorang kan kuat kencing. Tak basuh punya. Kalau tak tahan sangat tak tutup pintu pon takpe. (Yes. Itu pengalaman aku. Masuk public toilet kena tutup mata). Barang yang dijual usually diorang markup 100%. Lagi-lagi bila dia tahu kita tourist tak pandai cakap Mandarin. Tipu depan-depan pon mana kita nak faham kan? 


Barang pelik-pelik pon banyak juga yang dijual. Tapi aku paling amaze dengan layang-layang ini. Aku tak tahu apasal. Macam ternampak lelaki kacak. Kagum sangat sampai jalan tak tengok depan lepas itu terlanggar tiang. Tengok, lelaki kacak pon kalah. Tapi kalau nak beli layang-layang ini, kena hati-hati. Make sure bagi duit cukup-cukup kalau tak change tu dia bagi duit palsu. 


Ini duit ori. Khas buat budak hitam. Ada duit USD, Yuan renmibi dan Euro (ikut susunan). Semua ini acceptable kat sana. Tapi USD dengan Yuan lagi laku lah dari Euro. 

Panjang dah entri ini. Sampai sini je lah aku cerita. Nak tahu banyak-banyak pasal China. Tengok movie Karate Kid saja sudah. Selesai. 

P/s : Aku pergi China berdua saja dengan adik aku. Aku pon terkejut parents kitorang allow. Tapi kitorang survive and had fun sangat-sangat. Barulah independent and adventurous kan pergi oversea tanpa parents. Kos RM 3000 (flight, accomodation, makan, entrance fees sightseeing, insurance, tipping, tour guide). Cukup semua. Yang perlu bawa duit untuk shopping saja. Yang lain dah fully covered. Pergi tempat yang mata wang lagi rendah lagi seronok. Kalau kena pilih nak pergi China atau UK, pilihlah China. 

8 comments:

ismishahril said...

maksud papan tanda tu yg sebenar adalah :

"korang semua ni tak masuk tadika ke? nak masuk sini kena la jalan kaki! tiket tu jangan buat tak tahu! bayar la ngok!"

tapi pandai dia buat tanpa ada ekspresi marah sikit pun

baincardin said...

Pernah pi sini tahun 2006. mmg best!

*Lama dah Bain tak eksperimen HDR. Jom layan HDR! ^_^

shazruls said...

wah best nyerr dpt melawat negara org

frwls said...

queen dah pergi tempat king...marvelous. heheh

Q said...

chain : lambang ke bawah tu apa fungsi dia plak?

bain : tak rugi pergi.

shazruls : seronok dapat belajar budaya orang ini. byk bnda baru kita tahu.

farwalis : jumpa queen pon dah pernah. hehehe.

cik nurulain said...

fun gila u dapat gi holiday berdua je dgn adik. byk seh duit. duit nuffnang ke Q? hehe.

kunang-kunang said...

RM 3000 tu untuk seorang or 2orang eh?? macam best jer..

Q said...

CN : duit nuffnang tak sebyk tuh. sikit je. tp asal ada oklah.

kunang2 : utk seorg.

Related Posts with Thumbnails