Friday, June 4, 2010

Misteri Payung Yang Hilang

Tik tik tik. Bunyi air menitik.

Hujan renyai-renyai sudah membasahi bumi. Tatkala hujan, sang permaisuri baru sahaja pulang demi sesuap nasi. Pelindung miliknya dijemur di luar kamar kayangan Istana Takeshi. Payung diraja haruslah dijaga bagai anak sendiri.

Sesudah pelindung dijemur, si permaisuri yang mesra rakyat berjalan menuju ke kamar dayang-dayangnya demi menjamu selera.

Sepuluh minit.
Dua puluh minit.
Tiga puluh minit.

Selera sudah dijamu. Nasi dan perut sudah bertemu. Si permaisuri pulang ke kamarnya untuk beradu. Nikmat tuhan harus disyukuri tanpa rasa ragu. Sebelum beradu, panjat kesyukuran kepada tuhan dilangit biru.

Sesudah tiba ke kamar beradu, alangkah terkejutnya beliau, pelindung yang ditanang bagai anak sendiri hilang dari pandangan mata biru.

"Siapakah yang berani mencuri pelindung si permaisuri? Sungguh tidak beradap!" Ujar sang dayang-dayang memarahi.

Si permaisuri tidak murka. Hanya terkejut dengan kejadian yang tidak dipinta. Si permaisuri berfikir mungkin ada rakyat yang meminjam tanpa bertemu muka. Izin tidak dipinta.

Satu minit.
Dua minit.
Tiga minit.

Bagaikan merasai amukan sang dayang-dayang yang gelabah mencari, pelindung pulang tanpa kaki.

"Ajaib! Seperti chipsmore. Sekajap tiada sekejap ada" kata si permaisuri.

Apakah yang berlaku kepada pelindung itu tadi? Sila jawab mengikut tafsiran sendiri. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri............................

Tak faham? Rajin-rajinlah bertanya yang empunya diri.

4 comments:

ismishahril said...

fullamaaaakkkk! rhyme seh!

kunang-kunang said...

sumpah cool! serius tak tipu!

farwalis said...

kena minta ahli nujum carikan ni wahai permaisuri!

Q said...

chain & kekunang: hebat kan?? :p

farwalis : dah jumpa dah. xpe.

Related Posts with Thumbnails