Monday, July 12, 2010

Kelas Rumah Tangga

Sudah berbulan-bulan permaisuri tinggalkan hidup di Universiti. Kini permaisuri duduk di rumah goyang kaki. Menjalani hidup sebagai isteri yang tidak bersuami. 

Pagi permaisuri bermula pada jam 8.30 pagi. Sama ada dikejutkan oleh Ace of Spade atau terbangun sendiri. Arahan-arahan Ace of Spade selalunya berbunyi begini :

1) Mandikan Aimar atau
2) Suapkan Aimar makan atau
3) Hantarkan Aimar pergi school

Argh. Bossy sekali! Namun permaisuri tetap juga turuti. Pulang dari menjadi pemandu, permaisuri jemur baju  lalu mandi. Itu pun jika Bayi 90210 masih lagi belum sedarkan diri. 

Aktiviti permaisuri diteruskan dengan makan pagi, mandikan, susukan serta tidurkan bayi. Tepat jam 12 tengah hari, Aimar pulang dari Tadika Kendiri. Susu Aimar harus disedia rapi.

Ini jadual permaisuri selama setengah hari. Ulang aktiviti di atas setiap hari.
(Jadual berubah bergantung kepada bila bayi 90210 bangun serta tidur)

3 comments:

farwalis said...

nice one permaisuri.

hihi.

ismishahril said...

lama benau akak permaisuri baru nak menulis. ish ish ish.

(cakap2 yg perlu diutarakan di depan cermin)

baincardin said...

Salam. Jom kita menghayatinya bersama! ^_^

Related Posts with Thumbnails