Korang pernah mimpi dipatuk ular tak? I have. Twice :-) Orang cakap, kalau mimpi kena patuk ular means ada orang nak meminang. Tak tahulah betul ke tak kan. Maybe separa betul lah kot.
First time mimpi kena patuk beberapa tahun lepas. Tak ingat dahlah bila. Rasanya masa first year degree lah kot. Sebab masa bulan puasa tahun tu, time tengah makan sahur dengan family tetiba mama buka cerita yang ada orang nak meminang. Tapi time tu tak amik port sangatlah sebab ingatkan mama main-main gurau-gurau je. Sekali mama sambung cerita cakap yang dia dah tolak elok-elok cakap yang I'm still studying. Laaa, betul-betul ke. Nasib baik mama tolak. Yelah. Time tu muda lagi. Apa-apa pon tak tahu lagi. Baru first year degree. Umur pon tak cecah 20 lagi.
Mama cerita lah lelaki tu kerja mana bla bla bla. Tapi dia tak cakap pulak siapa. And untill now I still don't know whom and I am not interested to know. Ini pon tak tahu gak sama ada mak dia yang tolong pinangkan untuk dia ke sebab tengok dia tak kahwin-kahwin lagi or dia (laki itu) sendiri yang nak pinang. Tapi rasanya yang first sekali tu kot sebab kenal pon idak.
Second time mimpi patuk ular tahun lepas. Huh. Baru lagi tu. Akhir tahun, tahun lepas. Dalam bulan Oktober/November macam tuh. Tapi bukan diri sendirilah yang kena patuk. Member alias ex-roommate yang duduk sebilik selama 3 tahun dulu. Sekarang dah tak duduk sekali sebab dia dah grad pastuh dia sambung belajar dekat universiti lain. Yang peliknya macam mana dia boleh masuk dalam mimpi kena patuk ular tu pon tak tahu kenapa. Dah cerita dah dekat dia. Nanti kita tengok dia kena pinang ke tak. Haha. Tapi hari tu kitorang tilik nasib ketuk cawan, dia dapat 23 kali ketuk. Hah! Start November tahun ini sampai November tahun depan umur dia 23 tahun. (Nampak tak connection dia?) So, rasanya ada betul lah kot tafsir mimpir kena patuk ular ini.
Nak cakap pasal mimpi. Macam-macam mimpi dah pernah kena. Kena makan dengan ular sawalah. Haisy. Apasal semua berkait dengan ular ini. Tulah. Selalu sangat main game snake dalam handphone Nokia tuh. Kan dah asyik termimpi je. Oklah. Lain pulak. Yang ini selalu kena dulu-dulu sekarang dah takde dah. Masa dulu-dulu selalu mimpi Mama & Papa meninggal. Banyak kali gak lah mimpi macam ini. Then the next morning bangun tidur MESTI dengar announcement dekat masjid ada orang meninggal dunia. Pastuh, nama orang yang meninggal tu mesti nak hampir-hampir sama dengan nama Mama and Papa. Few times jugaklah benda ini pernah jadi. Tetiba terfikir, am I a phycics? Chewah psikik boleh tilik-tilik nasib orang then tahu apa nak jadi :-p Tapi bezanya I can't change ANYthing!
Then ada satu hari tuh, ada orang call rumah and I was the one who pick up the phone. Nak tahu tak apa orang dalam telefon tu tanya? Dia cakap macam ini "Em, nak tanya, ni rumah En. Aziz ke?" Ok. So jawablah Ya. Then dia tanya lagi "Betul ke En. Aziz dah meninggal?" Whoah. Direct je orang tu tanya macam tu. Nak gugur jantung weh. Dahlah kebetulan time tu Papa keluar tak de dekat rumah. Time tu jawab je lah, taklah, dia ada lagi. Tapi masa tu tuhan je lah tahu betapa risaunya kan. Manalah kita nak tau kot-kot time tu Papa accident ke tapi kita tak tahu but diorang yang tahu dulu. Then bila Papa dah balik rumah cerita dekat Papa and Mama time dinner diorang boleh gelak je. -_-" Sabar je lah.
Ok. Tak jadi nak marah tengok gambar ni. Auuuwwww. Schweet and cute. Meltz..
Note; This entry is base on my personal experiences. I never tells anyone about the dreams or shall I say nightmares that I have about my parents. It happens to me for quiet a few times and I have to deal with it. But Alhamdulillah, it does not happen to me anymore. I think it occurs to me because I was sooo scared something bad will happen to them sampai terbawa-bawa ke mimpi. Personally, I can't imagine if my parents were not around because I am still very much dependent on them and they are the greatest parents one can imagine. Huh. Kan dah bergenang air mata nih :'( So, Mama, itulah dia kerisauan seorang anak.
13 comments:
aku dah banyak kali dah mimpi kena patuk ular...macam2 ular ada...ular berbisa, xberbisa...tp xdop sorang pun mai meminang aku..hahahaha
mimpi ular? xlama lagi adalah dtg merisik.
www.pengeRindu.com
Tak pernah mimpi patok ular, mimpi dapat keje laen adeler. :D
mimpi patuk ular? uat masa ni tak ada plak dpt mimpi itu.. huhuhu.. (^__^)
salam singgah di sini...
aku pun mimpi dipatuk ular gak banyak kali. tp xde sape nak minang2 aku pon? :D
haih...dah gatal nak kahwin ke???
i dnt quite like this entry mainly on papa & mama cos I don't even want to imagine not having them around...*sedih!!!
weh kalo aku mmpi kne kejar ular je cmne ek?? hehe..baru je mmpi 2..siap jerit2 lagi aku bgn tdo..huahua..kalo org mmpi kne patuk ular ade org nk dtg minang, aku kne kejar je mksdnye org nk dtg minang tp xjd ke?? hehe
eeeiiyuuuu.....
x geli ke pgg ular tu...
about the dream. woah?? betul-betul ada org meminang? mesti u ni stok-stok ayu layak dibuat bini punya kann. selalu nya dat type of girl lah yg kena pinang awal.
and about ur parents, u know what? me too. im pretty much dependant on mine like u. anak perempuan mmg selalu depend kat parents kut... :)
thanks ek singgah my teratak.
armyrule & sofa : xtahulah plak kan. sebab aku 2 kali je pernah mimpi. sekali betul. satu lagi tu bukan aku yg kena patuk.
mr. j: dah ada org dtg & dah ditolak pon.
amirulfaiz: mimpi dapat kerja lain tu xtahula kenapa. stress dengan kerja kot. haha
faarihin; salam singgah :)
*alma: apa plak dah gatal nak kahwin. mimpi tu 4 tahun lepas kot. alma pon ada masa mama cakap pasal org nak meminang tu kan. yg lagi sekali tuh bukan eah yg kena patuk. org lain. tapi kalo dah gatal nak kahwin pon apa salahnya. alma dulu kahwin masa umur 23 tahun. heh. siapa yang gatal sebenarnya :-p
ok. at least u don't have to deals with all those dreams pastuh bangun tido kena dengar announcement dekat masjid tu betul2 sebab nak dengar nama penuh & alamat rumah dia. pastuh at least tak kena angkat telefon and jawab soalan yang mendebarkan tuh.
*zuzu: aku pon tak tahulah apa maknanya semua tu. kalo ko mimpi tu petang mainan setan je. aku selalu mimpi benda2 ni malam.
mish kautsar: em,geli jugak. takut pon ada gak. tapi tak uploadlah muka cuak kat sini. haha. gambar tu ditangkap 2tahun lepas. skrg xtahulah still takut lg ke x pegang ular.
ciknurulain: macam tak percaya je ayu. tak kot :p haha. maybe lah anak perempuan depends kat parents. lagi2 anak yg last2 yg hujung2.
Post a Comment