Aku sayang kau. (Ceh. Gedik gila tulis entri mushy mushy camni). Aku ingat lagi aku mula bersama dengan kau sejak 19 September 2007 (Padahal ada tulis dekat warranty card). Tapi aku ingatlah aku bersama dengan kau sejak bulan puasa tahun 2007. Masa itu aku memang nak sangat dapatkan kau. Sebab aku stress dengan Johny jahannam itu. Lagi aku stress dengan Sabun aku. Baik aku buat mandi je sabun tu dari terus aku gunakan dia. Lembab sangat. Memang handphone Nokia selalunya begitu eh? Asal banyak function je lembab. Kura-kura pon lagi laju. Jadi untuk hilangkan strees aku, sebagai salah satu theraphy aku, aku pon dapatkanlah kau. Kaulah cinta pandang pertama aku.
Time tu 3G baru-baru naik. Dia jadi Mr. Popular, tapi aku tak layan. Aku nak kau juga walaupon kau tak ada 3G. Lepas itu, walaupon kau jual mahal kat aku, aku sanggup berusaha dapatkan kau. Sebab kau memang handsomelah. Bila aku dah dapat kau, semua anggota family aku marah, kenapa aku dengan kau. Dahlah kau jual mahal kat aku kan. Dia orang semua tak faham and tak puas hati dengan decision aku untuk dapatkan kau. (Eceh. Macam kahwin lari je. Haha). Tapi memang aku dah jatuh cinta sayang nak mampus dengan kau, aku abaikan semuanya.
Bila aku dah ada kau, kawan-kawan aku pon sibuk juga nak dapatkan kau. Dahlah bila dengan kawan-kawan aku, kau jual murah. Hampeh tak guna. Tapi aku tak kisah, sebab kau originally aku yang punya. Kalau bukan sebab aku yang memberi pengaruh, diorang pon tak hingin dengan kau. Dan disebabkan itu, aku juga BANGGA, RIAK, TAKBUR (haha. over!) ada kau. Kalau boleh, aku nak kau jadi milik aku sorang saja. Tapi apakan daya, dunia ini bukan aku yang punya. Bukan aku yang cipta. Kalau aku banyak duit, ada kilang untuk produce kau, mesti aku customizekan untuk setiap orang ikut ciri-ciri yang mereka suka.
Bila aku dah ada kau, aku dah groomkan kau dengan segala benda yang aku suka. Kesimpulannya semua yang aku suka ada kat dalam kau lah. Bertambah-tambah aku sayang kau. Bila kau sakit, aku hantar kau pergi klinik. RM 300 duit aku habis dekat klinik kau itu. Aku ingat lepas aku dah hantar kau ke klinik, aku nak get rid of youlah. Kira macam habis madu sepah dibuanglah. Tapi bila kau dah sihat, aku sayang gila nak get rid dengan kau. Kau memang melekat dengan hati aku.
Tapi, lepas kau sakit, kau sakit lagi. Dahlah kau sakit, sempat lagi kau sakitkan kaki aku juga. Kenapa kau tak sakit sorang-sorang saje? Kau memang suka nak menyusahkan aku kan? Saja je nak kita sakit bersama-sama kan? Tak romantik tau. Sebab kita takleh jaga each other. Tapi sebab aku dah cintun gila dengan kau, aku tak kisah pon semua itu.
Aku hantar kau masuk klinik lagi. Tapi, kenapa kos klinikal kau mahal sangat ha? RM 283! Baik aku cari yang lain, tapi kalau yang lain harga macam ini, dia tak setanding pon dengan kau. Sebab harga kau sekarang pon cikai-cikai pon RM 600. Pergh. Kau memang suka jual mahal kan dengan aku. Tapi bila aku nak lepaskan kau dekat tangan orang lain kau jual murah je kan? Jadi aku pon sangguplah bayar kos klinikal kau yang mahal itu. Ciss. Aku harap kau tak sakit lagi sebab aku memang sayang sangat-sangat dengan kau.
Inilah dia harta kesayangan aku :-)
Sony Ericsson w508i
Aku tak tahu kenapa kos klinikal kau mahal sangat. Ke aku yang dah kena tipu? Kalau aku kena tipu, biarlah. Dekat akhirat nanti tuhan balas. Tapi kalau betul ini list-list spesifikasi untuk sembuhkan kau
1) LCD RM 159
2) Keypad sebab dah patah RM 36
3) Workmaship RM 40
4) Apa ntah lagi aku tak ingat sebab masa itu aku dalam kelas
Walaupon kos klinikal kau mahal, tapi aku sanggup. Sebab aku tak sanggup lagi pakai handphone pinjam. Walaupon handphone pinjam ini canggih seperti blakberry, tapi aku tak boleh layan dia macam aku layan kau. Lagi pon sebab Maxis bongok. Aku topup 10 hinggit hari Isnin, hari Sabtu kredit aku tinggal 41 sen je. Aku topup lagi 10 hinggit hari Selasa baru ini, sekarang kredit aku tinggal RM 1.86 sen je. Menipulah! Mana ada aku call or messege sesiapa sangat pon. Call rumah pon tidak. Ke ada setting handphone ala-ala Blackberry ini yang dah terbuka internet? Tapi aku dah tanya pon tuan dia, dia cakap takde apa-apa. Jadi aku rasa salah Maxis lah. Memang suka eh dia makan duit aku sesuka hati. Gerrram betul!
Jadi cepat-cepatlah kau sembuh eh, supaya aku boleh cek betul atau tak Maxis yang makan duit aku. Aku rasa memang betul salah Maxis lah. Sebab bila aku off then on balik handphone pinjam ini, kredit aku kadang-kadang naik. Dari RM 4 jadi RM 5. Tapi aku still tak puas hati macam mana cepat sangat kredit aku kena makan ini. Sebab aku dah aktif Campus Zone. Sampai umur 25 tahun patutnya aku dapat call & sms murah. Bila aku cek balik tadi, tahun ini, aku belum capai 25 tahun lagi :-p
Akhir kata, cepatlah kau kembali ke tangan aku sebab aku memang super duper SAYANG gila babeng dekat kau. Muah. (Haha. Gedik gila!)
2 comments:
henpon same..mmg berpenyakit byk la henpon cmnih..heheh
milimilo: itula. dh byk dh duit abis utk repair handphone ni je. dahlah keypad senang patah. heh. tapi still sayang dia. haha.
Post a Comment