Friday, March 12, 2010

Janganlah mencarut di hari Jumaat

Aku benci orang yang suka mencarut!

Alkisahnya hari ini, aku dapat middle finger dari sebuah motor. Dia duduk dekat blindspot aku bila aku nak masuk lane kanan. Dah nama pon blindspot kan. Manalah nak nampak. Lepas itu, terus dia lalu potong aku dari sebelah kanan then bagi middle finger! Terkejut mak! Bukan aku tak bagi signal, dah bagi dah and serius aku tak nampak pon kewujudan dan kehadiran dia. Blindspot kan. Faham tak blindspot itu apa?



Yang lelaki naik motor ini pon satu. Bikin hati panas saja hari-hari Jumaat ini. Kau tu naik motor, yang pergi guna jalan tengah-tengah itu kenapa. Sibuk je. Jalan bukan main sikit punya besar nak juga dekat situ. Pergilah tepi. Nak nak lagi jalan tu memang sesak orang nak tukar-tukar lane. Menyemak je.

Aku memang benci orang yang suka mencarut ini. Berapi! Kalau nak lawan mencarut, aku pon boleh weh. Tapi itu bukan style aku. Aku tak suka. Buat tambah dosa saja.

Kadang-kadang aku pelik dengan dunia zaman sekarang, budak-budak umur baru tadika pon dah pandai mencarut. Entah dari mana diorang belajar kurang pastilah pula. Tapi serius kalau ada budak-budak mencarut depan aku, memang rasa macam nak penampor saja kuat-kuat. Sebab aku pernah terkena benda ini.


Masa itu aku form berapa entah, aku tak ingat sangatlah. Tapi masa itu aku bawalah anak-anak buah aku gi main dekat taman permainan rumah diorang. (Masa ini kakak aku duduk rumah townhouse dekat Cheras, taman permainan dekat saje). Masa main-main itu, adalah 2 orang budak kecil ini, mencarut depan-depan aku. Pergh! Menyirap. Kurang ajar nak mampos. Serius rasa nak penampar, sepak, terajang semua ada. Nasib baik dia anak orang. Memang aku tak buatlah semua itu. Option aku ada nak elak marah semua itu, aku gi bebel dekat adik aku je lah. Pastuh ajak anak-anak buah aku balik, jangan kawan dengan budak-budak itu. 

Aku dulu, tahu perkataan-perkataan mencarut ini pon masa darjah 6. Takpon masa sekolah menengah. Tapi itu pon masa itu tahu perkataan je. Makna tak tahu. Zaman sekarang ini, budak kecil pon dah pandai mencarut dah. Dunia dunia ='( 

Inilah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kemodenan

Outoftheblue : Disebabkan motor sebuah, keluar entri pasal mencarut. (Padahal asalnya hari ini nak cerita benda lain.) Disebabkan motor sebuah, perjalanan dari UM ke UiTM yang memakan masa 30 minit hanya menjadi 20 minit.

7 comments:

cik nurulain said...

Qiha, i br msuk blog u sbb i igt u da lme tak update sbb tgk mcm entry lama. bila i masuk byk lak entry baru u. apesal ek dgn blog i yg i letak link2 blog tuh. mcm ada prob.


haih. kat jalanan mmg mcm tu. ringan je mulut dan tangan tu nk btindak. u sabar lah ek.

ismishahril said...

aku stat belajar F word mase form. terus aku seronok gune. segale2 nk F. kalau la aku leh gune mesin mase, nk je aku gi luku kepale 'aku mase form 1 tuh'.

Hazwanee said...

heyhh i saw u with zetty kat TTDI..ho3..we r on diff lane..smpat usha kjap je..mcm knal je kelisa biru plat patah sket tu..x smpat usha lame..lampu hijau sile jalan..lalala~

zirconia said...

kalo aku mmg lempang je trus..hehehe

Keoi said...

ganas sungguh muke kau marah..ahahha

Qiha Aziz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Q said...

CN : hehe. takpe2. understandable. tapi haritu i tgk, dah ok dah.

chain : nasib baik aku tak kenal kau masa tu. haha.

armz : owh yeke. aku tak perasan langsung. haha. tgh syok bercerita kot dengan zaty.

zuzu : mmg perasaan nak lempang tu adalah. tapi sbb aku tak tahu tu anak siapa, tu yg tak lempang tu.

keoi : muka main2 marah pon dah ganas. camane kalau marah betul? haha.

Related Posts with Thumbnails