Tuesday, February 23, 2010

Belajar Mengeja

Hari ini nak buat entri ringan-ringan sajalah sebab malas nak menaip. Padahal dalam kepala otak ini banyak sangat idea nak tulis. Tapi bila malas dah menguasai diri semua pon tak jalan :) Idea pon jadi sekerat jalan je.


Anyway, hari ini nak bercerita pasal anak buah yang kat atas ini. Nama dia Nadhrah Azzahra. Panggil Nadhrah. (Sila tekan. Ada link blog beliau). Umur 2 tahun setengah.

Ceritanya bermula begini, pada hari Ahad yang lalu (eceh. macam karangan sekolah), aku celik je mata bangun dari tidur, dah nampak dah dia tercongok dekat depan pintu bilik aku. Dia yang nampak aku dah bangun terus cakap macam ini, "Cik Q, bangunlah, main dengan Nadhrah." Haha. Sweet and comel kan bila dia cakap macam itu? Hati mana tak cair bila budak-budak cakap macam ini.

So aku pon bangunlah mandi semua, lepas tu dia masuk bilik aku balik, terus panjat katil aku. Dekat bedsheet aku ada benda alah macam ini,

Ini contoh aje lah eh. Aku tak tangkap gambar la pula.

Bila dia nampak ada huruf-huruf dekat bedsheet maka gigihlah si Nadhrah ini mengeja huruf-huruf yang ada dekat bedsheet itu.

Nadhrah : G-I-R-L

Cik Q : G-I-R-L tu apa Nadhrah?

Nadhrah (dengan yakin and confident) : Pizza!

Aku? Senyum saje lah. Dalam hati mengekek-ngekek ketawa. Lepas itu baru cakap dekat dia G-i-r-l tu Girl.
Nadhrah : Girl ini? (Pointing to herself)

Aku? Senyum lagi. Seronok layan budak-budak ini. Macam-macam boleh belajar dari diorang :-)

3 comments:

ismishahril said...

*senyum sampai telinga* =)

fitri oh fitri said...

haha, kanak2 betol.





http://www.fitridzulkifli.blogspot.com

farraain said...

alolo..tomei2..hehe..=)

Related Posts with Thumbnails