Sunday, January 24, 2010

Me vs High Heels

I rarely wear heels if I go anywhere. Because I am not comfortable wearing it. But today, I make an exception. Went to Sg. Buloh to attend my brother in law's niece's birthday party.

Walaupon berheels, flip flops spare haruslah dibawa
(p/s; surat khabar memberi effect yang cantik eh dalam bergambar)
Pakai high heels hari ni pon sebab tahu akan pakai sekejap je. Mula dari keluar rumah terus masuk kereta, then keluar kereta lepas tu masuk rumah balik. Haha. Sebab tu boleh pakai. Kalau nak pakai pergi shopping or jalan-jalan, sorrylah. Mesti tak boleh punya because I can't stand the pain. So last-last mesti akan ends up beli sepasang kasut yang unnecessary untuk hilangkan pain itu.

The purpose I bought this Vincci heels pon kononnya nak pakai masa praktikal hari tu lah. Sebab dia nampak macam formal kan. Sekali tak pakai langsung masa praktikal dulu. Haha. Sebab dia sangat tak comfortable. Pakai sekejap je dah sakit. Macam-macam cara dah buat nak bagi dia tak sakit sangat. Macam letak lapik yang selalu jual dekat Guardian tu la, beli socks la. But still, it's not comfortable! So kasut tu hanya dipakai occasionally sahaja. Masa beli kasut tu dia ada nude color juga. Luckily my friend nasihatkan tak payah beli. Kalau ikut nafsu mesti dah beli dah yang color nude tu juga.

Actually, I love heels. Suka sangat-sangat tengok orang pakai heels. Selalu terfikir-fikir macam mana diorang boleh bertahan dengan segala kesakitan itu. Banyak kali I ask my sister, macam mana dia boleh bertahan pakai heels tinggi-tinggi yang stok 5-6 inci tu. Dia cakap practice selalu lama-lama jadi OKlah. Okay. I wear it a few times pon still rasa tak comfortable juga. Haha. Maybe I was born not to wear heels :-)


But to me, heels can boost up our confidence level. Sebab tu kalau ada presentation je, I will wear heels to class. Tapi dalam kelas berdiri untuk present pon sekejap je kan. Bolehlah nak bertahan pakai heels. Cuma satu je lah sayangnya, tak boleh pakai selalu sebab dia tak comfortable sangat. Bukan because I can't balance myself in heels. Tapi because it hurts.
 
 
Ini sonic kalau ada yang tak kenal
 
So flats, flip flops and sneakers always be my choice. Lagipon I tend to walk fast, budak-budak UM dulu masa first year calls me Sonic because I walk soooo fast. Jadi agak tak sesuailah nak pakai heels. Even ada one day I went out with my sister, elok dah pakai wedges, sekali tuh jalan laju sangat-sangat, my sister tegur "Faqihah jalan macam ini nampak macam ganaslah" Ha. Kan tak sesuai itu. So that's it, memang I ditakdirkan tidak sesuai berheels. Haha.

Friday, January 15, 2010

Road Bullies

I hate road bullies. Enough said! To me, definisi road bullies adalah ;-
  • Kereta yang suka tail getting
  • Kereta yang tak sabar-sabar then suka bagi lampu tinggi. Before bagi lampu tu bole tak dia tengok belah kiri kereta depan tu ada kereta ke tak. Kalau takde takpe. Kalau ada tunggu sebentar tak bolehke? Kalau dah tak sabar sangat pergilah masuk lane kiri tuh.
  • Kereta yang suka honk stok nak bagi seluruh jalan raya nak dengar. Bagi kereta yang berkenaan je dengar cukuplah. Ini nak bagi SEMUA orang dengar buat apa. Bukan apa. Sebab aku senang terkejut. Tetiba dia honk terus tak concentrate dah pemanduan. Nasib baik aku tak melatah. Cuba imagine kalau orang melatah macam mana? Confrim accident kot lepas tuh.
3 je lah that I can list down. Tu je yang boleh fikir sekarang. Orang lain mesti ada lagi. But these are the 3 types of road bullies that I cannot stand.



Another story but related, kereta my sister in law kena pecah semalam. Reasons why orang tu pecahkan cermin tingkap kereta tu just because my brother park the car on his space. And my brother did not know about that. The bad thing is, insurance tak cover cermin tingkap. So teruklah nak kena bayar ganti semua cermin ini.


Imagine how my brother drive the car with this view untuk pergi jumpa polis and bawa balik to my house

My brother said, ini mesti kerja samseng. Lagi-lagi dekat area tuh memang ramai samseng sampai polis pon tak tahu nak buat apa. Bukti ni kerja samseng sebab apa-apa pon tak hilang kena curi. Even radio yang selalu pencuri ambil dulu bila pecah kereta pon still wujud lagi. So, sahlah bukan kerja pencuri.

Too bad tak boleh nak tangkap samseng tu because takde evidence yang dia buat and juga takde saksi yang boleh sahkan kejadian. So how? Redha je lah. Polis cakap kalau berani nak kenakan dia balik, kita boleh buat. Tapi Papa yang Cool cakap, biarkan saje because one day dia mesti kena balasannya balik. But my brother pula cakap balik "Papa cakap tu ada betulnya. Tapi syaiton dalam diri suruh balas balik". Mama pula cakap, kalau kita balas balik nanti takut jadi teruk pula. Macam kita cari gadoh pulak dengan dia. Kan dah endangering life satu family pula. Ok. To me semua pon ada betulnya.




Yang tak fahamnya tak boleh ke orang tu letak surat warning dulu cakap jangan park kat sini, ni parking dia ke. If after that my brother still park dekat situ then dia nak pecahkan cermin tu acceptable la kan. Ini tak. Direct je terus pecahkan cermin. Terpinga-pinga and hanginlah my brother. Tapi ini semua dugaan tuhan. Tuhan nak bagi dugaan and nak tarik rezeki kita senang je kan. Macam ini je. So kita sebagai manusia haruslah redha. Mesti ada hikmah dekat sebalik kejadian ni kan. Sabar sajalah.

Outoftheblue: Esok nak pergi camping. Tapi hari ini tuhan bagi cuti. What a spoiler! Dugaan dugaan.

Thursday, January 14, 2010

Mimpi Dipatuk Ular

Korang pernah mimpi dipatuk ular tak? I have. Twice :-) Orang cakap, kalau mimpi kena patuk ular means ada orang nak meminang. Tak tahulah betul ke tak kan. Maybe separa betul lah kot.

First time mimpi kena patuk beberapa tahun lepas. Tak ingat dahlah bila. Rasanya masa first year degree lah kot. Sebab masa bulan puasa tahun tu, time tengah makan sahur dengan family tetiba mama buka cerita yang ada orang nak meminang. Tapi time tu tak amik port sangatlah sebab ingatkan mama main-main gurau-gurau je. Sekali mama sambung cerita cakap yang dia dah tolak elok-elok cakap yang I'm still studying. Laaa, betul-betul ke. Nasib baik mama tolak. Yelah. Time tu muda lagi. Apa-apa pon tak tahu lagi. Baru first year degree. Umur pon tak cecah 20 lagi.

Mama cerita lah lelaki tu kerja mana bla bla bla. Tapi dia tak cakap pulak siapa. And untill now I still don't know whom and I am not interested to know. Ini pon tak tahu gak sama ada mak dia yang tolong pinangkan untuk dia ke sebab tengok dia tak kahwin-kahwin lagi or dia (laki itu) sendiri yang nak pinang. Tapi rasanya yang first sekali tu kot sebab kenal pon idak.

Second time mimpi patuk ular tahun lepas. Huh. Baru lagi tu. Akhir tahun, tahun lepas. Dalam bulan Oktober/November macam tuh. Tapi bukan diri sendirilah yang kena patuk. Member alias ex-roommate yang duduk sebilik selama 3 tahun dulu. Sekarang dah tak duduk sekali sebab dia dah grad pastuh dia sambung belajar dekat universiti lain. Yang peliknya macam mana dia boleh masuk dalam mimpi kena patuk ular tu pon tak tahu kenapa. Dah cerita dah dekat dia. Nanti kita tengok dia kena pinang ke tak. Haha. Tapi hari tu kitorang tilik nasib ketuk cawan, dia dapat 23 kali ketuk. Hah! Start November tahun ini sampai November tahun depan umur dia 23 tahun. (Nampak tak connection dia?) So, rasanya ada betul lah kot tafsir mimpir kena patuk ular ini.


Nak cakap pasal mimpi. Macam-macam mimpi dah pernah kena. Kena makan dengan ular sawalah. Haisy. Apasal semua berkait dengan ular ini. Tulah. Selalu sangat main game snake dalam handphone Nokia tuh. Kan dah asyik termimpi je. Oklah. Lain pulak. Yang ini selalu kena dulu-dulu sekarang dah takde dah. Masa dulu-dulu selalu mimpi Mama & Papa meninggal. Banyak kali gak lah mimpi macam ini. Then the next morning bangun tidur MESTI dengar announcement dekat masjid ada orang meninggal dunia. Pastuh, nama orang yang meninggal tu mesti nak hampir-hampir sama dengan nama Mama and Papa. Few times jugaklah benda ini pernah jadi. Tetiba terfikir, am I a phycics? Chewah psikik boleh tilik-tilik nasib orang then tahu apa nak jadi :-p Tapi bezanya I can't change ANYthing!


Then ada satu hari tuh, ada orang call rumah and I was the one who pick up the phone. Nak tahu tak apa orang dalam telefon tu tanya? Dia cakap macam ini "Em, nak tanya, ni rumah En. Aziz ke?" Ok. So jawablah Ya. Then dia tanya lagi "Betul ke En. Aziz dah meninggal?" Whoah. Direct je orang tu tanya macam tu. Nak gugur jantung weh. Dahlah kebetulan time tu Papa keluar tak de dekat rumah. Time tu jawab je lah, taklah, dia ada lagi. Tapi masa tu tuhan je lah tahu betapa risaunya kan. Manalah kita nak tau kot-kot time tu Papa accident ke tapi kita tak tahu but diorang yang tahu dulu. Then bila Papa dah balik rumah cerita dekat Papa and Mama time dinner diorang boleh gelak je.  -_-" Sabar je lah.

Ok. Tak jadi nak marah tengok gambar ni. Auuuwwww. Schweet and cute. Meltz..

Note; This entry is base on my personal experiences. I never tells anyone about the dreams or shall I say nightmares that I have about my parents. It happens to me for quiet a few times and I have to deal with it. But Alhamdulillah, it does not happen to me anymore. I think it occurs to me because I was sooo scared something bad will happen to them sampai terbawa-bawa ke mimpi. Personally, I can't imagine if my parents were not around because I am still very much dependent on them and they are the greatest parents one can imagine. Huh. Kan dah bergenang air mata nih :'( So, Mama, itulah dia kerisauan seorang anak.

Thursday, January 7, 2010

Aku sayang Kau




Aku sayang kau. (Ceh. Gedik gila tulis entri mushy mushy camni). Aku ingat lagi aku mula bersama dengan kau sejak 19 September 2007 (Padahal ada tulis dekat warranty card). Tapi aku ingatlah aku bersama dengan kau sejak bulan puasa tahun 2007. Masa itu aku memang nak sangat dapatkan kau. Sebab aku stress dengan Johny jahannam itu. Lagi aku stress dengan Sabun aku. Baik aku buat mandi je sabun tu dari terus aku gunakan dia. Lembab sangat. Memang handphone Nokia selalunya begitu eh? Asal banyak function je lembab. Kura-kura pon lagi laju. Jadi untuk hilangkan strees aku, sebagai salah satu theraphy aku, aku pon dapatkanlah kau. Kaulah cinta pandang pertama aku.

Time tu 3G baru-baru naik. Dia jadi Mr. Popular, tapi aku tak layan. Aku nak kau juga walaupon kau tak ada 3G. Lepas itu, walaupon kau jual mahal kat aku, aku sanggup berusaha dapatkan kau. Sebab kau memang handsomelah. Bila aku dah dapat kau, semua anggota family aku marah, kenapa aku dengan kau. Dahlah kau jual mahal kat aku kan. Dia orang semua tak faham and tak puas hati dengan decision aku untuk dapatkan kau. (Eceh. Macam kahwin lari je. Haha). Tapi memang aku dah jatuh cinta sayang nak mampus dengan kau, aku abaikan semuanya.



Bila aku dah ada kau, kawan-kawan aku pon sibuk juga nak dapatkan kau. Dahlah bila dengan kawan-kawan aku, kau jual murah. Hampeh tak guna. Tapi aku tak kisah, sebab kau originally aku yang punya. Kalau bukan sebab aku yang memberi pengaruh, diorang pon tak hingin dengan kau. Dan disebabkan itu, aku juga BANGGA, RIAK, TAKBUR (haha. over!) ada kau. Kalau boleh, aku nak kau jadi milik aku sorang saja. Tapi apakan daya, dunia ini bukan aku yang punya. Bukan aku yang cipta. Kalau aku banyak duit, ada kilang untuk produce kau, mesti aku customizekan untuk setiap orang ikut ciri-ciri yang mereka suka.

Bila aku dah ada kau, aku dah groomkan kau dengan segala benda yang aku suka. Kesimpulannya semua yang aku suka ada kat dalam kau lah. Bertambah-tambah aku sayang kau. Bila kau sakit, aku hantar kau pergi klinik. RM 300 duit aku habis dekat klinik kau itu. Aku ingat lepas aku dah hantar kau ke klinik, aku nak get rid of youlah. Kira macam habis madu sepah dibuanglah. Tapi bila kau dah sihat, aku sayang gila nak get rid dengan kau. Kau memang melekat dengan hati aku.

Tapi, lepas kau sakit, kau sakit lagi. Dahlah kau sakit, sempat lagi kau sakitkan kaki aku juga. Kenapa kau tak sakit sorang-sorang saje? Kau memang suka nak menyusahkan aku kan? Saja je nak kita sakit bersama-sama kan? Tak romantik tau. Sebab kita takleh jaga each other. Tapi sebab aku dah cintun gila dengan kau, aku tak kisah pon semua itu.

Aku hantar kau masuk klinik lagi. Tapi, kenapa kos klinikal kau mahal sangat ha? RM 283! Baik aku cari yang lain, tapi kalau yang lain harga macam ini, dia tak setanding pon dengan kau. Sebab harga kau sekarang pon cikai-cikai pon RM 600. Pergh. Kau memang suka jual mahal kan dengan aku. Tapi bila aku nak lepaskan kau dekat tangan orang lain kau jual murah je kan? Jadi aku pon sangguplah bayar kos klinikal kau yang mahal itu. Ciss. Aku harap kau tak sakit lagi sebab aku memang sayang sangat-sangat dengan kau.

Inilah dia harta kesayangan aku :-)


Sony Ericsson w508i

Aku tak tahu kenapa kos klinikal kau mahal sangat. Ke aku yang dah kena tipu? Kalau aku kena tipu, biarlah. Dekat akhirat nanti tuhan balas. Tapi kalau betul ini list-list spesifikasi untuk sembuhkan kau

1) LCD RM 159
2) Keypad sebab dah patah RM 36
3) Workmaship RM 40
4) Apa ntah lagi aku tak ingat sebab masa itu aku dalam kelas

Walaupon kos klinikal kau mahal, tapi aku sanggup. Sebab aku tak sanggup lagi pakai handphone pinjam. Walaupon handphone pinjam ini canggih seperti blakberry, tapi aku tak boleh layan dia macam aku layan kau. Lagi pon sebab Maxis bongok. Aku topup 10 hinggit hari Isnin, hari Sabtu kredit aku tinggal 41 sen je. Aku topup lagi 10 hinggit hari Selasa baru ini, sekarang kredit aku tinggal RM 1.86 sen je. Menipulah! Mana ada aku call or messege sesiapa sangat pon. Call rumah pon tidak. Ke ada setting handphone ala-ala Blackberry ini yang dah terbuka internet? Tapi aku dah tanya pon tuan dia, dia cakap takde apa-apa. Jadi aku rasa salah Maxis lah. Memang suka eh dia makan duit aku sesuka hati. Gerrram betul!

Jadi cepat-cepatlah kau sembuh eh, supaya aku boleh cek betul atau tak Maxis yang makan duit aku. Aku rasa memang betul salah Maxis lah. Sebab bila aku off then on balik handphone pinjam ini, kredit aku kadang-kadang naik. Dari RM 4 jadi RM 5. Tapi aku still tak puas hati macam mana cepat sangat kredit aku kena makan ini. Sebab aku dah aktif Campus Zone. Sampai umur 25 tahun patutnya aku dapat call & sms murah. Bila aku cek balik tadi, tahun ini, aku belum capai 25 tahun lagi :-p

Akhir kata, cepatlah kau kembali ke tangan aku sebab aku memang super duper SAYANG gila babeng dekat kau. Muah. (Haha. Gedik gila!)

Tuesday, January 5, 2010

Is it you?

This entry let alone me who understands it ;-)





I'm looking for a lover not a friend
Somebody who can be there when I need someone to talk to
I'm looking for someone who won't pretend
Somebody not afraid to say the way they feel about you

And I'm looking for someone who understands how I feel,
Someone who can keep it real
And who knows the ways the way I like to have it my way
And I'm looking for someone who takes me there,
Wants to share, shows he cares
I'm thinking you're the one that I've been waiting for

Is it you? is it you? Maybe you're the one I've been waiting for
Could you be the one for me? Could you be the one I need?
Is it you? is it you? Maybe you're the one I've been waiting for
Could you be the one for me? Could you be the one I need?
Could you be the one I need?

I'm looking for someone to share my pain
Someone who I can run to, who would stay with me when it rains
Someone who I can cry with trough the night
Someone who I can trust who's heart is right
And I'm looking for someone

And I'm looking for someone who understands how I feel,
Someone who can keep it real
And who knows the ways, the way I like to it have my way
And I'm looking for someone who takes me there,
Want to share, shows he cares
I'm thinking you're the one that I've been waiting for

Is it you? is it you?
Maybe you're the one I've been waiting for
Could you be the one for me? Could you be the one I need?
Is it you? Is it you? Maybe you're the one I've been waiting for?
Could you be the one for me? Could you be the one I need?

Someone who won't take for granted
How much I care (How much I care)
And appreciates that I'm there
Someone who listens
And someone I can call who isn't afraid of love to share

Is it you? is it you?
Maybe you're the one I've been waiting for
Could you be the one for me? Could you be the one I need?
Is it you? is it you?
Maybe you're the one I've been waiting for
Could you be the one for me? Could you be the one I need?



Is it you by Cassie, Step Up 2 OST
(Moose paling comel dalam cerita ini)

Sunday, January 3, 2010

New McFlurry in town!

Went to Mcdonalds today to grab some food. Untuk apa lagi kan? Haha. My 2 favorite things in McDonalds is McFlurry Oreo and Apple Pie.

But today I went to McDonald  TERkecewa sikit. Sebab McFlurry Oreo yang original itu dah takde dah. Dia ada yang ini plak :

McFlurry Oreo Mudpie & Berries

Yang Mudpie itu oklah. Sedap juga. Dia oreo campur coklat. Tapi yang Berries itu rasa dia macam ubat! Korang tau tak ubat cair warna pink (ubat demam itu) yang kita selalu dapat masa kecik-kecik dulu. Macam itulah rasa dia. Tak sedap eventhough I like strawberries.


I want the Original McFlurry Oreo back ! I prefer that one better :'(
Related Posts with Thumbnails