Showing posts with label ROMANTIK. Show all posts
Showing posts with label ROMANTIK. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

Surprise!!!


We (me & siblings) made a surprise celebration for them last Saturday. We show them this video during the night. (This video is a surprise too). Glad that the surprise really works! Planning behind their back for about 2 months. Contacting with each other via email (the email thread is super duper looonnggg) so that it will go unnoticed and it totally pays off.




I cry each time I see this video
=')

As I am writing this, they will be on the plane to Moscow till 18 May. My pray is with them. 

Thursday, May 6, 2010

Happy Anniversary








Happy Anniversary buat King & Queen of Heart

King of Heart and Queen of Heart bersekolah di sebuah sekolah yang sama. Disitulah mereka berjumpa. Adapon Queen of Heart muda setahun, tetapi beliau masuk ke sekolah setahun awal. (Tak sabar nak ke sekolah nampaknya). Lalu, mereka ditempatkan di dalam kelas yang sama.

Tetapi selepas tingkatan 3, King of Heart telah berpindah ke Sekolah Alam Shah. Manakala Queen of Heart masih kekal di sekolah yang sama. Pada asalnya, hubungan mereka tidaklah serapat mana. Sekadar rakan sekelas sahaja.

Kuasa jodoh barangkali, selepas SPM, King of Heart mengirim surat kepada Queen of Heart menanyakan tentang keputusan SPM beliau. (Klasik! Berhubung melalui surat.) 

Queen of Heart yang bersedih dengan keputusan SPMnya mengadu kepada King of Heart. King of Heart memberi cadangan  supaya Queen of Heart mengambil STPM pula dan itulah yang dilakukan oleh Queen of Heart. Akibat sering berbalas surat, hubungan mereka semakin rapat. 

King of Heart berjaya menyambung pelajaran di Universiti Malaya, jurusan Ekonomi. Begitu juga dengan Queen of Heart, jurusan yang sama. (Sekali lagi, kuasa jodoh mungkin). Nenda yang mengetahui akan perkara ini menyuruh mereka berkahwin sahaja kerana ini yang terbaik buat mereka. Maka, itulah yang dilakukan oleh mereka. 

Pada umur King of Heart 22 tahun, beliau sudah beristeri kepada Queen of Heart. Kini, genap sudah 40 tahun perkahwinan mereka. Satu tempoh yang cukup lama. Alhamdulillah hubungan yang dimeterai kekal sehingga ke hari ini dengan dikurniakan 7 orang anak, 4 orang menantu serta 8 orang cucu. (Setakat ini)

Insya'allah mereka akan berbulan madu 11 Mei ini. Diharapkan perjalanan mereka selamat semuanya. Amin. (Risau sebenarnya)

Gambar yang dirasakan cukup sweet :)

Friday, April 9, 2010

Cara Mengorat Awek Yang Berkesan

Hai semua :)

Malam minggu menjengah lagi. So, apa plan korang malam ini? Online sampai lebam? Awat tak pergi dating tonton cerita Date Night? Takde pasangan lagi? Hehehe.

Semenjak dua menjak ini, pergi mana-mana, mesti member-member buka topik yang sama. Agak hot gak lah topiknya. KAHWIN! Dahlah mostly yang mengadu itu semuanya lelaki. Kalau perempuan, tak apa lah lagi. Ini lelaki. Sama umur. Tak boleh belah! Yelah. Perempuan kalau kahwin lambat nanti di panggil Andartu or Andalusia kan? Kalau lelaki ada akronim anak teruna tua tak? Takde kan? 

Mungkin sebab semua pon dah meningkat usia. Benda-benda macam ini depa dah fikir. Tak nak main-main dah. Jadi hari ini, meh sini aku nak ajar sikitlah dekat korang macam mana nak mengorat perempuan ini. Simple saja.



Situasi : Nak ajak keluar pergi date

Teruna : Malam ini free tak?
Dara (Yang tahu lelaki ini ada hati dekat dia tapi dia tak suka): Tak free lah. Aku ada itu ini itu ini. Apasal?
Teruna : Takde apa-apalah. Aku ingat nak ajak keluar. Esok free tak?
Dara : Tak free, aku nak balik kampung (bohong sunat)

Cuba kalau korang buat macam ini

Teruna : Weh, malam ini kita tengok Date Night pukul 9 malam. Aku dah beli tiket untuk kau. Pukul 8 aku ambil kau.
Dara (Nak mengelak, tapi tiket dah beli. Rasa serba salah) : Ha? Erm..tapi..
Teruna : Hah! Takde tapi-tapi. Aku dah beli tiket dah ini. Takkan nak burn je. Rugi lah. Dah-dah. Aku ambil kau pukul 8.
Dara (Terpaksa rela) : Okay.

HA. Bukan ke senang korang buat macam ini.  Daripada tanya soalan typical Malam ini free ke tak? Lepas itu kena  pusing-pusing, U-turn balik, go head go stan balik, date nya tidak dapat juga. Straight to the point kan lagi senang. Dahlah dapat tengok movie sama-sama. Lepas itu kalau sempat dinner, dapat dinner sama lagi kan? S.I.M.P.L.E.


Outoftheblue: Cakap orang tapi diri sendiri pon tercongok depan laptop main The Sims 3. Diri sendiri tiada life. The Sims yang dapat life. =p
Related Posts with Thumbnails