Happy Anniversary buat King & Queen of Heart
King of Heart and Queen of Heart bersekolah di sebuah sekolah yang sama. Disitulah mereka berjumpa. Adapon Queen of Heart muda setahun, tetapi beliau masuk ke sekolah setahun awal. (Tak sabar nak ke sekolah nampaknya). Lalu, mereka ditempatkan di dalam kelas yang sama.
Tetapi selepas tingkatan 3, King of Heart telah berpindah ke Sekolah Alam Shah. Manakala Queen of Heart masih kekal di sekolah yang sama. Pada asalnya, hubungan mereka tidaklah serapat mana. Sekadar rakan sekelas sahaja.
Kuasa jodoh barangkali, selepas SPM, King of Heart mengirim surat kepada Queen of Heart menanyakan tentang keputusan SPM beliau. (Klasik! Berhubung melalui surat.)
Queen of Heart yang bersedih dengan keputusan SPMnya mengadu kepada King of Heart. King of Heart memberi cadangan supaya Queen of Heart mengambil STPM pula dan itulah yang dilakukan oleh Queen of Heart. Akibat sering berbalas surat, hubungan mereka semakin rapat.
King of Heart berjaya menyambung pelajaran di Universiti Malaya, jurusan Ekonomi. Begitu juga dengan Queen of Heart, jurusan yang sama. (Sekali lagi, kuasa jodoh mungkin). Nenda yang mengetahui akan perkara ini menyuruh mereka berkahwin sahaja kerana ini yang terbaik buat mereka. Maka, itulah yang dilakukan oleh mereka.
Pada umur King of Heart 22 tahun, beliau sudah beristeri kepada Queen of Heart. Kini, genap sudah 40 tahun perkahwinan mereka. Satu tempoh yang cukup lama. Alhamdulillah hubungan yang dimeterai kekal sehingga ke hari ini dengan dikurniakan 7 orang anak, 4 orang menantu serta 8 orang cucu. (Setakat ini)
Insya'allah mereka akan berbulan madu 11 Mei ini. Diharapkan perjalanan mereka selamat semuanya. Amin. (Risau sebenarnya)
Gambar yang dirasakan cukup sweet :)