Showing posts with label KAWAN. Show all posts
Showing posts with label KAWAN. Show all posts

Tuesday, July 20, 2010

Chill di Sg. Chilling

2 kali melawat tempat ini. Sekali dengan kawan-kawan dan sekali lagi dengan siblings. Bayaran masuk RM 1 dan anda harus meredah hutan selama 1 jam, meredah 6 batang anak sungai (1 sungai ada jambatan) sebelum tiba ke air terjun. Bukan saja dapat jungle trekking tapi boleh mandi air terjun dan boleh juga mandi dengan ikan kelah. 




Jalanilah aktiviti hidup sihat setiap hari.

P/s : Gambar mandi tak payah tayang kerana permaisuri seorang yang rendah diri. 

Wednesday, June 2, 2010

Souvenier

Souvenier from Russia (bought by Queen of Heart to me)

Salam semua.
8 hari 7 malam permaisuri menghilang. Berada di negara orang (Bukan ke Russia) Mengenal budaya mereka. Seronok tak terbilang. Penat masih terbayang. Tetapi menulis sedikit buat pembaca yang tersayang :)

Permaisuri ada sedikit souvenier buat blogger yang terpilih. Mereka yang banyak support dari zaman kingdom lama lagi. Mereka yang dah dianggap sebagai rakan. Souvenier ala kadar sahaja. Tapi masih berfikir bagaimana mahu memberi mereka. 

Buat yang tak dapat. Maaf sangat-sangat. Nak bagi semua orang memang tak mampu. Masih berstatus penganggur. Harap faham. Jika ada rezeki lagi insya'allah boleh. 

Monday, May 24, 2010

Menuju Puncak Broga



Meniggalkan jejak masing-masing

Bagus rakyat beta. Jalan dalam barisan. Contohi mereka. 

Selepas mandi, semua menjadi begini. Tak tahu kenapa. Kena sumpah kowt.

Berita lanjut : Rujuk tukang masak. Beta malas nak menulis. 

Komen beta : Terasa begitu healthy sekali selepas mendaki dan berendam. 

Kepada tukang masak diraja: Wa caya sama lu. Jangan hampakan beta. 

Buat rakyat jelata yang lain, Beta cuti seminggu. Terbang ke langit biru melawat one of the 7 wonders of the world. So, see you guys next week. Tata titi tutu.

Thursday, April 1, 2010

Wa kena beb!

Hari Selasa (30 Mac 2010)
Dalam Kelas Thai

Ajaan : Hari Khamis ini takde kelas dekat lab. Terus pergi Dewan Mengkula. Ada makan! Ada tomyam kung!

Students (Muka bercahaya girang dapat tahu ada makan free) : Baik!

Student S : Jadi hari Khamis ini tak payah lunch la eh? Terus pergi sana makan ye?

Ajaan : Ya. Bukan aahaan (baca: makan) Thai saja ada. Korea, Jepun, Itali and lain-lain lagi pon ada.

Students : Muka bercahaya girang sekali lagi.

Selepas kelas,

Student Q : Eh, benda ini dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang je lah. Kelas kita pukul 2 sampai 4 petang.

Student F : Kalau macam itu, kita datang pukul 12 lah. Then pukul 3 kita balik. Kalau lambat nanti makanan habis.

Hari Khamis (1 April 2010)
Di bilik jam 12 tengah hari

Student Q sedang bersiap-siap melihatkan yang student F pon sedang bersiap-siap. Sambil-sambil itu pekenalah 3 keping roti.

Student F : Eh, kau nak pergi mana?

Student Q : Eh, bukan nak pergi makan ke?

Student F : Tak adalah. Semangatnya kau. Aku ada discussionlah.

Student Q : Owh! Ok ok. Dah aku tengok kau siap, aku pon siaplah. Haha. Then aku lepak dalam bilik dululah. Nanti lepas kau dah habis discussion kita pergi.

Pukul 2 petang
Di Dewan Mengkula

Terlihat ramai student-student yang mengambil bahasa asing berkumpul. Terdapat banyak juga booth-booth negara asing dibuka. Tapi kelibat makanan memang tiada. Yang ada pon cupcakes je. Tapi itu pon kena beli dekat booth Filipina dengan harga RM 1.50.

30 minit pertama...
Ada ucapan perasmian. Kelibat makanan, memang haram! Langsung tak nampak.
Students C : Ajaan, takde makanan ke? Mana tomyam kung? Lapar.

Student F : Korang tak makan ke tadi?

Student C : Tak. Laparlah.

Ajaan : Ada tomyam kung. Wahid yang masak.

Students : Wahid? -_-"
(Wahid tu nama tauke kafe dekat fakulti ini, Cafe Wahid)


Aku nak pergi mengorat abang tukang masak Cafe Wahid tu.
Hari-hari boleh makan tomyam kalau gitu. Dahlah dia comel. Masak pon sedap =p


Ni antara muka-muka yang dah terkena. Korang teka sendirilah mana satu ajaan nya.

Memang terbaiklah. 1 kelas kena tipu. Elok-elok je pula kena masa 1 April. Bagus! Satu permulaan bulan yang baik. Senyum :)

Outoftheblue : Kot ye pon nak suruh kitorang datang, cakap sajalah ada attendance. Haha. Tak payahlah cakap ada tomyam kung. Musnah harapan. Nasib baiklah tak terlebih excited pergi kelas pukul 12 kan. Pergi pukul 2 juga. Kalau tak, memang syoklah orang tu ada benda untuk dibahan kan. Kan? 
Related Posts with Thumbnails