Showing posts with label EDUCATION. Show all posts
Showing posts with label EDUCATION. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Majlis Membaling Topi

QueenQ : Yay. Baju kurung dah siap. Bolehlah pakai untuk konvo nanti.

AceVenturina : Ha? Nak pakai baju tu je ke?

QueenQ : Lah. Bukannya orang nampak pon. Pakai robe kan. Biar jelah.

Queen of Heart masuk.

AceVenturina : Ma, Q nak pakai baju itu je untuk konvo.

QueenofHeart : Huh. Nanti kita pergi Jakel cari kain untuk tempah baju.

QueenQ : Owhkaayyy. (Dalam hati, semangatnya diaorang ni. Macam diaorang yang nak konvo)

Orang nak sponsor baju kan? Kita accept je lah dengan hati, tangan serta jiwa yang terbuka. Dapat satu baju free. Gagagaga.

Nota : Esok ambil jubah. Yeay! Majlis baling topi, 5 Ogos. Datanglah bagi bunga sejambak kan takpon teddybear sejambak. =) Tapi kalau datang cakap kat parents nak pinang, yang tu nanti permaisuri suap motarboard kat dia. Heh. 

Saturday, May 8, 2010

Soalan Hidup

Hidup ini penuh dengan persoalan.
Semua orang pasti tak terlepas dari soalan-soalan sebegini,

Bila mahu kahwin?
Bila sudah kahwin, ini pula yang disoal. Bila nak ada anak?
Bila sudah beranak pula, ini pula yang ditanya, Bila nak ada yang kedua?

Buat yang sedang belajar pula, ini yang akan ditanya,
Bila nak habis belajar? Dah habis ke belum?

Sesungguhnya seseorang itu akan habis belajar, apabila habis tempohnya. Contoh kalau kursus itu memakan masa 4 tahun, maka selepas tahun keempat habis belajarlah dia. Dengan syarat lulus semua subjek yang harus diambil.

Buat yang kursus 3 tahun, bila nampak budak yang kursus 4 tahun ada lagi selepas tahun ke-3, janganlah pula cakap Eh, tak habis lagi? Extend eh? Sensitif tahu! Kursus-kursus professional semuanya memakan masa 4 tahun. Medic 5 tahun. Buka mata, ambil tahu. Jangan main terkam saja tanya.

Jadi di sini, pakcik makcik, atok nenek, paklong pakngah dan segala pak pak serta mak mak lah. Saya nak umumkan bahawasanya saya dah habis belajar. Jadi, tak payahlah nak tanya lagi soalan-soalan itu ye?

Kalau lepas tanya soalan itu nak bagi note RM 10 takpe gak. Ini tanya-tanya kosong je.

Lepas ini siapa tanya beta bila nak kahwin kena masuk tabung RM 50 seorang. Kenduri nanti guna duit tabung itu je. Barulah syok cenggitu. Ye tak?

P/s : Detik ini permaisuri berkemungkinan baru selesai berperang. Sedang menjampi serapah hasil perang sebelum hasil dikutip. Badan pula sedang gegel-gegel kesejukan di dalam Iglo. Berakhirlah sebuah bab didalam novel kehidupan permaisuri dan bermulalah sebuah bab baru. 

Tuesday, April 20, 2010

Tips Study

Hello semua :)

Minggu peperiksaan dah pon bermula. Paper first aku ialah Jumaat ini. Paper bahasa Thai. Tapi aku still main-main lagi. Study 30 minit lepas itu fikiran entah melayang ke mana. Alahai. Bila lah nak ada mood untuk study. Tapi takpe. Walaupon aku kurang study, aku ada 3 tips belajar yang memang berkesan untuk korang semua. (Buat yang masih belajar lah)

1) Buat ilmu penyerapan
Caranya senang saja. Before tidur, korang letaklah notes korang ke buku teks korang ke bawah bantal. Nanti masa tidur ilmu tu terseraplah dalam kepala otak kau. Sonang. Tak payah baca buku. Ilmu penyerapan ini juga boleh dipanggil dengan gelaran Stado (Study + Tido)

2) Hafal formula sebelum tidur
Especially formula Matematik. Rumus ke apa ke boleh juga. Nanti masa tidur kau akan termimpi-mimpi terngigau-ngigau benda ini. By the time kau wake up, benda ini memang dah ada dalam kepala dah. Serius yang ini berkesan. 

3) Beli DVD cerita English tapi sound dengan subtitle dia bahasa antarabangsa
Cara ini applicable kalau kau belajar bahasa ketiga lah. Untuk paper-paper lain tak berkesan. Harap maklum. Contoh macam aku, beli DVD cerita Material Girls. Cerita English lakonan Hilary & Haylie Duff. Sekali bila pasang sound dengan subtitle dia bahasa Thai. Senang kerja aku! Tak yah study Thai lagi. Tengok DVD saje. Berhibur sambil belajar bak kata orang. 



Outoftheblue: Sengal punya apek DVD. Tahulah aku belajar bahasa Thai. Tapi tak payahlah nak perli aku macam tu sekali. -_-" Sekian.

P/s utk Joegrimjow & Baba Babynadhrah : Happy Birthday :)

Thursday, April 15, 2010

Binatang Kamu

Hari ini hari Khamis. Kita teruskan lagi kelas bahasa Thai kita. Aku suka kelas bahasa Thai pada hari Khamis. Sebab kelas ini berada di lab. Sambil belajar, sambil buka FB, sambil belajar, sambil buka FB, sambil belajar, sambil buka FB. Hoi! Berapa kali nak ulang daaa. Walhal seharusnya sambil belajar sambil buka website ini.

Baiklah. Kelas kita pada hari ini ialah mengenai binatang. Binatang ialah haiwan yang diciptakan tuhan. Bezanya dengan manusia ialah ia tidak mempunyai akal. Tetapi walaupon akal mereka sifar, mereka takdelah sampai nak buang anak kan. Lebih ajaib lagi, bila kita menulis sebegini BINATANG KAMOOO! ia seperti menunjukkan rasa marah. Akan tetapi binatang tersebut tidak bersalah, kenapa mereka yang mendapat nama? Kenapa???? (Apa aku tulis ini aku pon tak faham. Hahaha)

Baiklah. Mari kita teruskan sesi pembelajaran kita pada hari ini :

Beruang - Mii                                                                 Khinzir - Muu                   
Anjing - Maa                                                                   Arnab - Krata
Burung - Nok                                                                 Ayam - Kai
Ikan - Plaa                                                                      Ular - Ngau
Katak - Kob                                                                   Udang - Kung
Kangaroo - Jingjoo                                                         Sotong - Plaamuk
Singa - Singtoo                                                                Kuda - Maa
Monyet - Ling                                                                 Kucing - Meeo
Tikus - Nuu                                                                     Harimau - Sua
Helang - Nok in sii


Ketahuilah ejaan Kuda dan Anjing adalah sama. Tapi bunyi dia berbeza. Nak dengar bunyi, pergi  website ini,   http://www.thai2english.com/. Type horse/dog, lepas itu ada lambang volume dekat situ. Tekan. Baru dengar bunyi sebutan dia.

Lagi satu, jangan pula ada yang tanya sugar glider apa, hedgehog apa dalam bahasa Thai lepas ni. Aku tak tahu. Lagi-lagi si kunang-kunang itu, harap maaf kerana kamu tidak tersenarai dalam senarai di atas. 

Sekian sahaja kelas pada hari ini. Bye.

Kelas ini dibawakan oleh anda oleh :

Smitten

Tuesday, April 13, 2010

Nombor

Hari ini Hari Selasa. Hari Selasa juga adalah equivalent kepada hari kelas Thai. Tetapi hari ini saya tiada kelas sebab cuti belajar (study week). Oleh sebab itu, saya haruslah mengulangkaji pelajaran. Maka, dengan ini, saya ingin menulis sambil mengulangkaji. Sambil-sambil itu, anda semua dapat belajar bahasa Thai juga. 

Kita mula dengan basic sahaja iaitu nombor :

1 - nung (sebut neng)
2 - soong (song - lagu)
3- saam (abang sam yang masaam)  
4 - sii  (I seee)
5 - haa (haaa? APA?)
6 - hok (hok aloh la...)
7 - jed (teringat batu jed. Zamrud is it?)
8 - beed (katil oh katil)
9 - kao (Kao Attack! Padanlah lambag dia ada nombor 9)
10 - sib 

Sekian sahaja kelas untuk hari ini. Kita jumpa lagi di lain masa.....

Thursday, April 1, 2010

Wa kena beb!

Hari Selasa (30 Mac 2010)
Dalam Kelas Thai

Ajaan : Hari Khamis ini takde kelas dekat lab. Terus pergi Dewan Mengkula. Ada makan! Ada tomyam kung!

Students (Muka bercahaya girang dapat tahu ada makan free) : Baik!

Student S : Jadi hari Khamis ini tak payah lunch la eh? Terus pergi sana makan ye?

Ajaan : Ya. Bukan aahaan (baca: makan) Thai saja ada. Korea, Jepun, Itali and lain-lain lagi pon ada.

Students : Muka bercahaya girang sekali lagi.

Selepas kelas,

Student Q : Eh, benda ini dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang je lah. Kelas kita pukul 2 sampai 4 petang.

Student F : Kalau macam itu, kita datang pukul 12 lah. Then pukul 3 kita balik. Kalau lambat nanti makanan habis.

Hari Khamis (1 April 2010)
Di bilik jam 12 tengah hari

Student Q sedang bersiap-siap melihatkan yang student F pon sedang bersiap-siap. Sambil-sambil itu pekenalah 3 keping roti.

Student F : Eh, kau nak pergi mana?

Student Q : Eh, bukan nak pergi makan ke?

Student F : Tak adalah. Semangatnya kau. Aku ada discussionlah.

Student Q : Owh! Ok ok. Dah aku tengok kau siap, aku pon siaplah. Haha. Then aku lepak dalam bilik dululah. Nanti lepas kau dah habis discussion kita pergi.

Pukul 2 petang
Di Dewan Mengkula

Terlihat ramai student-student yang mengambil bahasa asing berkumpul. Terdapat banyak juga booth-booth negara asing dibuka. Tapi kelibat makanan memang tiada. Yang ada pon cupcakes je. Tapi itu pon kena beli dekat booth Filipina dengan harga RM 1.50.

30 minit pertama...
Ada ucapan perasmian. Kelibat makanan, memang haram! Langsung tak nampak.
Students C : Ajaan, takde makanan ke? Mana tomyam kung? Lapar.

Student F : Korang tak makan ke tadi?

Student C : Tak. Laparlah.

Ajaan : Ada tomyam kung. Wahid yang masak.

Students : Wahid? -_-"
(Wahid tu nama tauke kafe dekat fakulti ini, Cafe Wahid)


Aku nak pergi mengorat abang tukang masak Cafe Wahid tu.
Hari-hari boleh makan tomyam kalau gitu. Dahlah dia comel. Masak pon sedap =p


Ni antara muka-muka yang dah terkena. Korang teka sendirilah mana satu ajaan nya.

Memang terbaiklah. 1 kelas kena tipu. Elok-elok je pula kena masa 1 April. Bagus! Satu permulaan bulan yang baik. Senyum :)

Outoftheblue : Kot ye pon nak suruh kitorang datang, cakap sajalah ada attendance. Haha. Tak payahlah cakap ada tomyam kung. Musnah harapan. Nasib baiklah tak terlebih excited pergi kelas pukul 12 kan. Pergi pukul 2 juga. Kalau tak, memang syoklah orang tu ada benda untuk dibahan kan. Kan? 

Wednesday, March 17, 2010

Tik Tok

Tik tok. The time is ticking. It's only 2 months left before my final exam day. I am not sure whether I am happy or sad that I finally graduating (Insya'allah). I think all feelings is jumble up. Gembira, bangga, sedih, anxious, excited, sayu, semuanya ada. Gembira and bangga sebab berjaya habiskan belajar. Sayu sebab akan tinggalkan kawan-kawan. Sedih sebab akan tinggalkan student life. Anxious kenapa eh? Haha.

I love student life very much. Its relaxing. Yelah. Kau duduk goyang kaki, maintankan CGPA, masuk new semester, sekepuk duit JPA bagi. Cuti pula paling lama 3 bulan. Dah kerja mana nak dapat semua ini. Duit kena usaha sendiri. Cuti kena apply. Nak lama-lama nanti kerja tertangguh bertimbun pula. Kan dah susah itu. Tapi takkan lah kita nak hidup di takuk lama kan? Mestilah kena move on.

But honestly, I still don't know what should I do after I graduate. Either further my study or start working. Sometimes rasa nak further study but sometimes rasa nak kerja dulu. 

So, I ask my siblings. But the respond that I get from my siblings, semuanya suruh kerja dengan diorang. -_-" Even my first brother said that he need an accountant in the company that he work. But, because I will be graduating in May, so dia rasa dah lambat sangat. Tak jadi nak hire. Haha.

While some of my friends have started apply for a job. As for me, I still thinks its early. Kalau bukan sebab Careerpath 2010 hari itu, I am sure my resume will  not be updated.

There are some reasons why I feel it's still early for me to apply for a job. But I am pretty sure for some people, it's late already. Entahlah. I just feel that I need a rest after my final exam date. Lagipon, my brother ask me and my younger sister to join his backpacking trip somehow in May. It's sooo tempting and I feel like joining him.

Then in June is my cousin's wedding. In between the wedding (antara rumah lelaki and rumah perempuan), there is a week gap. My aunt invite us (me and my sister) to go to Redang Island. Which is tempting as well (walaupon dah pernah pergi last year. But Redang is sooooo beautiful and heavenlike. Its too hard to resist.) Some more, my aunt said that if my parents don't want to bring us there, she will sponsor the vacation. =) Kalau tak pergi Redang pula, my parents planning to go to Pulau Kapas or Perhentian. Haih. Ini pon best juga. I really love beaches!

Redang 2009
(Gambar ini memang betul-betul dalam air. Bukan superimpose ke apa. Kalau tak, camane boleh ada bubbles?)

So, if I apply for work now, then kena panggil interview, then katakanlah dapat, mana boleh nak buat semua benda ini.  Plus I have to fill the SPA form first before applying for any jobs as I am a JPA scholers. Mama said that I already can fill the form now and have been pushing me to fill it. But the SPA people told me that its better to fill it after I get my final result. Tak tahu nak ikut yang mana satu but I think I will follow what the SPA person told me. (Saja tanak isi awal-awal. Haha)

P/s : Ma, nak further study kat UK boleh tak? Kalau tak boleh Australia pon jadilah.

Tuesday, July 21, 2009

Cool.Awesome.Totally.

Last weekend, my sister brought home this:
Can u guys guess what it is?
It looks gross u know, but it is totally COOL
Guess 1
salivar
No
Guess 2
phlegm
wrong
(In case u don't know, phlegm is kahak)
That's the word of the day, phlegm
Guess harder
.
.
.
common people
It's actually my sister's DNA
AWESOME
I ask my sister why is this DNA doesnt look like the DNA that I kept saw on tv. Ala, yang berpusing-pusing and warna-warni tuh. But, from this picture I can see that dia berpusing-pusing (tak taula korang nampak ke tak tapi aku nampak) but I know I can't see the warna-warni one except if I see it under the microscope
I ask my sister to do my DNA as well. But I din't give her my cell yet. Later we shall see when I give her my cell :)
Owh, I forgot to mention that my sister's DNA is form her cheek's cell. Not her salivar. She said that you have to kumam-kumam first in order to get the cell. Bukan macam kat tv tu yang buka mulut je terus dapat DNA.
Then I ask her, Kalau dari rambut senang tak nak dapat DNA? Her answer : Boleh jugak, tapi susah nak proses. The easiest one is from cheek's cell.
Ok. Now I know. Told you so, it's TOTALLY AWESOME!!!
Related Posts with Thumbnails