Tuesday, July 20, 2010

Chill di Sg. Chilling

2 kali melawat tempat ini. Sekali dengan kawan-kawan dan sekali lagi dengan siblings. Bayaran masuk RM 1 dan anda harus meredah hutan selama 1 jam, meredah 6 batang anak sungai (1 sungai ada jambatan) sebelum tiba ke air terjun. Bukan saja dapat jungle trekking tapi boleh mandi air terjun dan boleh juga mandi dengan ikan kelah. 




Jalanilah aktiviti hidup sihat setiap hari.

P/s : Gambar mandi tak payah tayang kerana permaisuri seorang yang rendah diri. 

Monday, July 12, 2010

Kelas Rumah Tangga

Sudah berbulan-bulan permaisuri tinggalkan hidup di Universiti. Kini permaisuri duduk di rumah goyang kaki. Menjalani hidup sebagai isteri yang tidak bersuami. 

Pagi permaisuri bermula pada jam 8.30 pagi. Sama ada dikejutkan oleh Ace of Spade atau terbangun sendiri. Arahan-arahan Ace of Spade selalunya berbunyi begini :

1) Mandikan Aimar atau
2) Suapkan Aimar makan atau
3) Hantarkan Aimar pergi school

Argh. Bossy sekali! Namun permaisuri tetap juga turuti. Pulang dari menjadi pemandu, permaisuri jemur baju  lalu mandi. Itu pun jika Bayi 90210 masih lagi belum sedarkan diri. 

Aktiviti permaisuri diteruskan dengan makan pagi, mandikan, susukan serta tidurkan bayi. Tepat jam 12 tengah hari, Aimar pulang dari Tadika Kendiri. Susu Aimar harus disedia rapi.

Ini jadual permaisuri selama setengah hari. Ulang aktiviti di atas setiap hari.
(Jadual berubah bergantung kepada bila bayi 90210 bangun serta tidur)

Thursday, July 8, 2010

Cuti Umum

Hari ini cuti umum sempena Hari Keputerian Beta. Sekian.
Related Posts with Thumbnails