Wednesday, March 17, 2010

Tik Tok

Tik tok. The time is ticking. It's only 2 months left before my final exam day. I am not sure whether I am happy or sad that I finally graduating (Insya'allah). I think all feelings is jumble up. Gembira, bangga, sedih, anxious, excited, sayu, semuanya ada. Gembira and bangga sebab berjaya habiskan belajar. Sayu sebab akan tinggalkan kawan-kawan. Sedih sebab akan tinggalkan student life. Anxious kenapa eh? Haha.

I love student life very much. Its relaxing. Yelah. Kau duduk goyang kaki, maintankan CGPA, masuk new semester, sekepuk duit JPA bagi. Cuti pula paling lama 3 bulan. Dah kerja mana nak dapat semua ini. Duit kena usaha sendiri. Cuti kena apply. Nak lama-lama nanti kerja tertangguh bertimbun pula. Kan dah susah itu. Tapi takkan lah kita nak hidup di takuk lama kan? Mestilah kena move on.

But honestly, I still don't know what should I do after I graduate. Either further my study or start working. Sometimes rasa nak further study but sometimes rasa nak kerja dulu. 

So, I ask my siblings. But the respond that I get from my siblings, semuanya suruh kerja dengan diorang. -_-" Even my first brother said that he need an accountant in the company that he work. But, because I will be graduating in May, so dia rasa dah lambat sangat. Tak jadi nak hire. Haha.

While some of my friends have started apply for a job. As for me, I still thinks its early. Kalau bukan sebab Careerpath 2010 hari itu, I am sure my resume will  not be updated.

There are some reasons why I feel it's still early for me to apply for a job. But I am pretty sure for some people, it's late already. Entahlah. I just feel that I need a rest after my final exam date. Lagipon, my brother ask me and my younger sister to join his backpacking trip somehow in May. It's sooo tempting and I feel like joining him.

Then in June is my cousin's wedding. In between the wedding (antara rumah lelaki and rumah perempuan), there is a week gap. My aunt invite us (me and my sister) to go to Redang Island. Which is tempting as well (walaupon dah pernah pergi last year. But Redang is sooooo beautiful and heavenlike. Its too hard to resist.) Some more, my aunt said that if my parents don't want to bring us there, she will sponsor the vacation. =) Kalau tak pergi Redang pula, my parents planning to go to Pulau Kapas or Perhentian. Haih. Ini pon best juga. I really love beaches!

Redang 2009
(Gambar ini memang betul-betul dalam air. Bukan superimpose ke apa. Kalau tak, camane boleh ada bubbles?)

So, if I apply for work now, then kena panggil interview, then katakanlah dapat, mana boleh nak buat semua benda ini.  Plus I have to fill the SPA form first before applying for any jobs as I am a JPA scholers. Mama said that I already can fill the form now and have been pushing me to fill it. But the SPA people told me that its better to fill it after I get my final result. Tak tahu nak ikut yang mana satu but I think I will follow what the SPA person told me. (Saja tanak isi awal-awal. Haha)

P/s : Ma, nak further study kat UK boleh tak? Kalau tak boleh Australia pon jadilah.

Tuesday, March 16, 2010

Bila mahu kahwin?

Hello all :)

Last Sunday, while packing to go back to college, my younger sister suddenly ask me this question, "Bila  mahu kahwin?" I was speechless when I heard the question. Seriously, I never thought my sister will ask me. (Of all people. Haha)

It's not that I haven't thought of marriage at all. Pernahlah. Tapi itu pon main-main aje. Not serious. I still think that it quites early for me although my mom married when she was 21 and this year will be their 40th anniversary. And my sister married at the age of 23 and this year she receive a second baby.

Although I am turning 23 this year, I still think that I am young. Macam budak-budak je lagi. Yes, in certain time, I can act matured, think maturely. But not now. I still thinks that there is a loooonnnggg way to go before marriage.

When my sister ask me that question, my reply is "Entahlah. Tak fikir lagi". Then she said, kan dah grad tahun ini, bolehlah kalau nak kahwin. I said that I wasn't ready yet for married life. Duit pon takde lagi ini. Macam mana nak kahwin. It's not that I don't have any savings for my marriage. (I have some amount of money that I save for my marriage purposes and also emergency use).

Yes. I am a forward thinker. Sampai duit semua dah simpan. Hehe. Cuma, its just that I haven't experience having my own salary on my own hand yet. So, I want to experience that first. That's why I am not ready yet and one more thing, I am planning to buy a house first before getting married.

Sekali lagi, I am a forward thinker
Kursus kahwin dah pergi dah (This is the reason I wasn't home last week)

So, conclusionnya, when people ask me about marriage, seriously, I don't have any answer for that. Biarlah masa sahaja yang menentukan. Kalau dah sampai seru itu, adalah. Oh, btw, to me, the ideal age for marriage is between 25 to 27. Tapi sekali lagi, ini semua ketentuan tuhan. Kalau ada jodoh itu adalah. Wallahu'alam.

P/s : What do you guys think of arrange marriage?

Friday, March 12, 2010

Janganlah mencarut di hari Jumaat

Aku benci orang yang suka mencarut!

Alkisahnya hari ini, aku dapat middle finger dari sebuah motor. Dia duduk dekat blindspot aku bila aku nak masuk lane kanan. Dah nama pon blindspot kan. Manalah nak nampak. Lepas itu, terus dia lalu potong aku dari sebelah kanan then bagi middle finger! Terkejut mak! Bukan aku tak bagi signal, dah bagi dah and serius aku tak nampak pon kewujudan dan kehadiran dia. Blindspot kan. Faham tak blindspot itu apa?



Yang lelaki naik motor ini pon satu. Bikin hati panas saja hari-hari Jumaat ini. Kau tu naik motor, yang pergi guna jalan tengah-tengah itu kenapa. Sibuk je. Jalan bukan main sikit punya besar nak juga dekat situ. Pergilah tepi. Nak nak lagi jalan tu memang sesak orang nak tukar-tukar lane. Menyemak je.

Aku memang benci orang yang suka mencarut ini. Berapi! Kalau nak lawan mencarut, aku pon boleh weh. Tapi itu bukan style aku. Aku tak suka. Buat tambah dosa saja.

Kadang-kadang aku pelik dengan dunia zaman sekarang, budak-budak umur baru tadika pon dah pandai mencarut. Entah dari mana diorang belajar kurang pastilah pula. Tapi serius kalau ada budak-budak mencarut depan aku, memang rasa macam nak penampor saja kuat-kuat. Sebab aku pernah terkena benda ini.


Masa itu aku form berapa entah, aku tak ingat sangatlah. Tapi masa itu aku bawalah anak-anak buah aku gi main dekat taman permainan rumah diorang. (Masa ini kakak aku duduk rumah townhouse dekat Cheras, taman permainan dekat saje). Masa main-main itu, adalah 2 orang budak kecil ini, mencarut depan-depan aku. Pergh! Menyirap. Kurang ajar nak mampos. Serius rasa nak penampar, sepak, terajang semua ada. Nasib baik dia anak orang. Memang aku tak buatlah semua itu. Option aku ada nak elak marah semua itu, aku gi bebel dekat adik aku je lah. Pastuh ajak anak-anak buah aku balik, jangan kawan dengan budak-budak itu. 

Aku dulu, tahu perkataan-perkataan mencarut ini pon masa darjah 6. Takpon masa sekolah menengah. Tapi itu pon masa itu tahu perkataan je. Makna tak tahu. Zaman sekarang ini, budak kecil pon dah pandai mencarut dah. Dunia dunia ='( 

Inilah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kemodenan

Outoftheblue : Disebabkan motor sebuah, keluar entri pasal mencarut. (Padahal asalnya hari ini nak cerita benda lain.) Disebabkan motor sebuah, perjalanan dari UM ke UiTM yang memakan masa 30 minit hanya menjadi 20 minit.

Monday, March 8, 2010

Need a babysitter?

Hai all :)
On my last entry I said that I will tell you guys why I haven't updated. So dekat sini nak ceritalah kenapa.

Reason pertama ialah sebab tanak ada entri baru. Supaya entri pasal teater tanda tak hilang dari pandangan dengan harapan Zahiril Adzim akan sampai sini lepas itu komen. Haha. Gila tinggi harapan. Tapi harapan hanya tinggal harapan, maka tak apalah. =D

Reason lagi satu kenapa kurangnya update blog pula adalah sebab busy maintainkan blog lagi satu. Huh? Sejak bila ada blog lain? Gila tamak haloba beliau sampai ada 3 blog. Haha. Actually, that blog exist for the purpose of  my assignment. Tiada reason lain. Ianya adalah sebuah private blog yang hanya author sahaja yang boleh masuk and author dia pon ada 3 orang sahaja. Hehe.

So, what the assignment is all about? Basically, assignment tu, kita kena reka sebuah online shop. Mula-mula bila dapat task ini, fikir nak ambil shawlbiz aje lah as my shop. Tapi, my group consists of Malay and Chinese. So rasa macam tak appropriate pula nak buat bisnes shawl kan. Lainlah kalau dekat website shawlbiz itu ada gambar kitorang freehair lepas itu buat shawl as neck scarf. Tapi takde, so tak bolehlah nak ambil.

Then kitorang brainstorm punya brainstorm nak buat bisnes apa, dapat idea nak buat bisnes cupcake. Tapi rasa macam susah pula and dapat tahu ada group lain yang buat bisnes cupcake juga. So cancellah. (Actually tak apa bisnes sama. Tapi kitorang nak something yang out of the box =p). Nak tahu apa bisnesnya? It's a BABYSITTING BISNES. Something yang out of the box kan?





Dapat idea ini daripada BabysitterKL (sila tekan, ada link). Plagiat kah? Nope. We use our own words. Cuma idea sahaja ambil daripada diorang. Since we already use their idea, so dekat sini nak promotelah sikit BabysitterKL ini. Haha.

BabysitterKL are graduates from Help College with passion for children. Sebab diorang tanak jadi penganggur and diorang nak kan duit juga, so wujudlah BabysitterKL ini =D Jadi, buat parents-parents yang menetap dia area Setiawangsa, Damansara, Bangsar, and areas surrounding KLCC and Midvalley/The Gardens yang berkerja, yang perlukan babysitter, bolehlah melawat BabysitterKL ini. (Area lain but still dalam kawasan Klang Valley pon boleh juga. Tapi kena bayar ekstra lah).



My sister's friend said, "They are very good. Rasa macam nak hire full time sahaja!" See, sampai macam itu sekali dia (kawan kakak) rasa. Maknanya, diorang memang baguslah. Tengok dekat website BabysitterKL tu pon boleh nampak, ramai yang nak tempah diorang ini. Good job :) And yang buat BabysitterKL ini lagi bagus, diorang yang travel ke rumah the kids. Bukannya kita yang kena hantar the kids to them.

Plus, masa diorang pon flexible juga. Sampai after midnight pon boleh but sekali lagi, kena bayar ekstralah. But still! Ada ke nanny yang kerja sampai tengah-tengah malam kan? Takde kan? Bibik pon tengah-tengah malam dah tidur dah. So untuk parents-parents yang suka tengok movie midnight, tak payah susah-susah lagi nak cari orang untuk jaga anak-anak, boleh je hire diorang untuk babysit anak-anak. Cool kan?

Outoftheblue: Bila buat assignment pasal babysitting bisnes ini, rasa macam nak jadi babysitter je lepas graduate nanti. BabysitterKL, hire kitorang nak tak? Bakat dah ada dah. Haha. Ini buktinya (rujuk gambar di bawah)



Btw: The 3rd blog of mine itu akan didelete selepas sahaja entri ini diwujudkan. Kan dah cakap dah, memang untuk purpose assignment sahaja. Presentation dah lepas, maka bolehlah delete. Yeah. Dashboard tidak lagi serabut selepas ini.
Related Posts with Thumbnails